Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Hari ini datang gelombang baru, karier baru (walhal sudah lama) – iaitu; Financial Planner Representative (FPR). Di Malaysia, FPR di lesenkan di bawah Securities Commisioner (SC). Hanya yang berlesen sahaja boleh menggunakan ‘tittle’ FPR.
Sebelum saya mengulas lebih lanjut apa itu PMA, anda kena tahu dulu apa itu FPR.
FPR adalah individu yang kompeten untuk menawarkan nasihat kewangan dan perancangan kewangan. Malah, tugas ini adalah profesional dan mereka layak untuk mengenakan caj kepada sesiapa yang memerlukan khidmat mereka.
Isu sekarang;
- Tidak ramai yang tahu lagi tentang peranan Financial Planner dalam masyarakat.
- Financial Planner adalah status tinggi, yang hanya memberi khidmat kepada individu ‘high net worth’ berbanding golongan pertengahan.
- Kurangnya kesedaran kewangan, sekaligus kurangnya kepentingan Financial Planner terhadap urus kewangan.
Isu-isu di atas ada sangkut paut kenapa PMA ini kurang dikenali dalam masyarakat, kerana individu kompeten untuk menawarkan PMA ini salah satunya adalah Financial Planner Representative ini. Secara amnya, pada waktu sekarang PMA banyak dikenali dikalangan golongan ‘high end networth’ sahaja.
Kenapa wujudnya PMA?
Secara amnya, apabila bercerita tentang pelaburan, akan berpusing sekitar antara Hartanah, Saham dan paling popular, Unit Amanah. Disebabkan dalam industri Unit Amanah tidak ‘perform’ seperti yang dijangka dan pelaburan secara tunai, dikenakan caj yang sangat tinggi malah banyak dipromosikan oleh ejen-ejen yang hanya mementingkan komisyen daripada memberi untung kepada pelanggan – ramai indvidu rasa ‘turn off’ untuk melabur di Unit Amanah.
Bagaimana pula dengan pelaburan Saham?
Apabila sudah tiada minat melabur di Unit Amanah, melabur secara terus ke pasaran saham adalah opsyen seterusnya. Akan tetapi, menjadi keberatan kepada pelabur kerana apabila hendak melabur ke pasaran saham memerlukan (1) ilmu pengetahuan yang luas, (2) pengalaman yang panjang, (3) emosi yang stabil, (4) masa yang banyak untuk melakukan analisa dan (5) terlalu renyah nak tekan butang ‘BUY’ & ‘SELL’.
Senang cerita, apabila suruh melabur di Saham rasa – MALAS!
Atas faktor ini, wujudnya PMA.
Apa beza PMA & Unit Amanah?
PMA adalah produk pelaburan yang ‘niche’ – hanya untuk pelabur tertentu, terutama pelabur sofistikated. Manakala, Unit Amanah adalah produk pelabur yang ‘evergreen’ di mana dari zaman dahulu sehingga sekarang produk pelaburan yang popular.
Oleh sebab itu, PMA untuk bermula anda perlu mempunyai nilai tunai yang banyak, ada yang menawarkan ‘initial investment’ RM200,000. Ada juga menawarkan serendah, RM50,000. Ini normal, untuk buat keuntungan yang optimum, dana yang besar diperlukan untuk melabur di pasaran saham, begitu juga dengan PMA.
Unit Amanah, boleh bermula dengan RM100 sahaja. Malah, seperti ASB, boleh bermula dengan RM10.
Dari perspektif risiko, secara semulajadinya (nature of character), PMA adalah pelaburan berisiko tinggi. Oleh itu, hanya pelabur yang mempunyai ‘risk appetite’ yang tinggi sahaja boleh mula melabur di PMA. Sebaliknya, di Unit Amanah, mempunyai ‘risk appetite’ yang luas – rendah, sederhana dan tinggi.
Mana tempat PMA melabur?
Berbalik kepada di atas, PMA ini wujud untuk individu yang tidak mahu melabur di Unit Amanah dan pada masa yang sama, tiada masa dan rasa leceh. PMA ini melabur secara ‘direct’ ke pasaran saham.
Jika berminat, Financial Planner akan membuat pelan pelaburan, memeriksa dari ‘risk appetite’ dan portfolio yang dirasakan sesuai untuk pelanggan. Akan tetapi, pemilihan saham dan pembelian saham-saham dilakukan oleh individu disebut – Fund Manager.
Fund Manager ini diberi mandat ‘Discretionary’ yang bermaksud, akan membuat pelaburan yang dirasakan tepat kepada pelabur bagi menjamin keuntungan, tanpa memerlukan keputusan pelabur membeli atau menjual. Pada masa yang sama, Financial Planner dan pelabur boleh melihat aktiviti pembelian dan penjualan saham oleh Fund Manager.
Biasanya, Fund Manager akan ‘monitor’ pelaburannya setiap hari. Sesi ‘Review’ portfolio akan dilakukan setiap 3 bulan sekali, untuk melakukan ‘portfolio balancing’ bagi memastikan dana pelaburan diuruskan dengan baik.
Jadi, kalau ada soalan tanya, siapa yang uruskan (manage), duit pelaburan? Jawapannya adalah Fund Manager, tapi pelabur dan Financial Planner sama-sama boleh memeriksa pelaburan yang dilakukan.
Dari segi kepatuhan Syariah?
Jika anda ingin melabur hanya pada kaunter Syariah sahaja. Amat digalakkan anda memberitahu pada Financial Planner, bahawa anda ingin melabur hanya pada kaunter Syariah sahaja.
Jika ada persoalan, Fund Manager seorang bukan Muslim tapi menjadi individu yang menguruskan dana, ini juga bukan isu Syariah.
Siapa yang patut bermula melabur di PMA?
Setiap Financial Planner ada strategi sendiri untuk pelanggan masing-masing.
Untuk individu yang baru mendapat pendedahan sebaiknya mulakan pelaburan di Unit Amanah terlebih dahulu. Ini untuk membiasakan diri dengan dengan terma pelaburan dan pendedahan optimum terhadap pergerakan pasaran saham, walaupun secara ‘indirect’.
Sekali lagi, PMA amat sesuai untuk pelabur yang sofistikated.
Jika anda mempunyai tunai RM100,000 atau lebih boleh bermula di Unit Amanah Wrap Account (ini saya akan ulas pada konten akan datang). Jika bawah, RM100,000 memadai buka akaun Unit Amanah Non-Wrap Account (normal account). Sudah pasti, bila anda sudah buka akaun Unit Amanah Wrap Account, anda kenalah ‘utilize’ sepenuhnya ‘switching’ apabila ingin membuat keuntungan.
Nak melabur di PMA?
Boleh hubungi saya:
Adib Yazid (019-3660319)