Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Sehingga sekarang, saya amat teruja untuk menceritakan tentang PMART UT kepada orang ramai, terutama pelanggan-pelanggan yang sudah lama bersama dengan saya. Kenapa? Ia adalah pelaburan baru berasaskan portfolio Unit Amanah yang pelbagai.
Secara amnya, ramai tidak berpuas hati melabur di Unit Amanah kerana tidak memberikan pulangan seperti yang disarankan. Bila kita lihat kenapa ini boleh berlaku (individu yang tidak berpuas hati), ini antara sebab kemungkinan:
- Tidak memilih Dana yang betul, hanya ikut cakap-cakap ejen atau kawan.
- Tidak agresif. Ramai memilih strategi Buy & Hold yang terlalu lama. Tiada strategi jual bila untung, atau mengurangkan impak kerugian.
- Jika hendak buat pelbagai pelaburan, prosesnya leceh kerana perlu berinteraksi dengan ramai ejen dan platform.
Atas perkara ini, saya mencadangkan PMART-UT sebagai alternatif pelaburan menggunakan simpanan KW$P Akaun 1, berbanding Unit Amanah yang biasa dipopularkan oleh ejen-ejen diluar sana.
Sumber: CaproAsia
Objektif Utama PMART UT
Objektif utama PMART UT adalah mengoptimumkan mencapai keuntungan, melalui pelaburan Unit Amanah yang dibenarkan oleh badan KW$P.
Apa perbezaan ketara antara PMART UT dan Unit Amanah guna akaun 1 KW$P? Kalau dilihat, kedua-duanya, hampir sama; (1) Unit Amanah dan (2) Guna Akaun 1 KW$P.
Beza kedua-dua ini, saya sudah perjelaskan di link di bawah:
BACA –> PMART-UT : Managed Account for Retirement
Unit Amanah yang kerap dipopularkan (guna Akaun 1), hanya membenarkan seorang pelabur, hanya melabur di satu Dana sahaja di bawah satu syarikat Unit Amanah. Kunci utama untuk membuat keuntungan yang optimum, adalah pemilihan dana yang betul dan tepat.
Apabila hendak memilih dana yang betul perlulah membuat kaji selidik yang mendalam; harga seunit, historical data, Top Share Holding dan macam-macam lagi. Sehinggalah, ada individu melabur disebabkan Fund Manager itu bagus!
Pelaburan Optimum dengan Pengurusan Portfolio Pelaburan
Pelaburan di PMART UT berbeza, di mana pelabur dibenarkan melabur terus ke pelbagai Unit Amanah serentak, hanya selepas satu pengeluaran daripada Akaun 1 KW$P. Bahasa mudahnya, Single Withdrawal for Multiple Unit Trust Fund Investment.
Dana yang dipilih untuk membentuk satu portfolio pelaburan berdasarkan profil risiko pelabur, masing-masing. Portfolio boleh dibina hanya berlandaskan Syariah. Oleh itu, pemilihan dana patuh Syariah sahaja akan dibenarkan dalam satu Portfolio.
Sehingga hari ini, ada 150 dana yang dibenarkan oleh KW$P untuk membuat pengeluaran Akaun 1. Kalau pelabur ingin membuat Portfolio sendiri, contohnya hendak mempunyai 6 dana pelaburan Unit Amanah berpotensi pada satu masa, agak memakan masa yang lama.
PMART UT menjadikan ini efisien untuk melabur pada dana yang pelbagai. Single Withdrawal for Multiple Unit Trust Fund Investment.
Pelaburan ini, sudah tentu mempunyai risiko tersendiri. Terutama, risiko pasaran yang sentiasa berubah-rubah. Oleh itu, pendekatan R&R (Review & Rebalancing) dibuat setiap 3 bulan sekali. Jika ada perubahan yang ketara (major changes) pada pasaran, Portfolio akan disusun semula dengan segera.
PMART UT menjadikan FBM KLCI, sebagai reference benchmark.
Soalan-Soalan Berkaitan PMART UT
#1. Berapa pelaburan minimum?
Pelaburan permulaan minimum adalah RM5,000. Pelabur perlu melabur minima pelaburan RM30,000.
#2. Caj pelaburan?
Caj servis 3% untuk setiap kemasukan pelaburan. Caj pengurusan tahunan 1.5%. Jika keluar awal, dalam tempoh setahun, 2.5%. Caj Custodian, 0.03% setahun.
#3. Apa dokumen diperlukan untuk masuk ke pelaburan ini?
Salinan kad pengenalan yang bersih (tidak comot) dan tidak berconteng apa-apa dakwat atau cop, serta penyata KW$P yang terkini (softcopy sahaja sudah memadai).
Jika berminat dengan PMART-UT, boleh hubungi saya:
Adib Yazid ( 019-366 0319 )
Muat Turun: Brochure PMART – UT