Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apabila bicara mengenai kewangan peribadi, kita tidak akan lari daripada aspek aliran tunai, aset & liabiliti (hutang), perlindungan Takaful, pengurusan harta pusaka, cukai & zakat dan satu lagi, pelaburan.
Bila soal pelaburan, antara perkara yang kerap ditanya;
“Unit Trust dana mana paling bagus?”
Waduh.
Apabila sembang pasal Unit Trust, antara perkara satu lagi orang akan sembang adalah mengenai pengeluaran KW$P Akaun 1 dan melabur di Unit Trust. Pemilihan dana adalah sangat kritikal apabila melabur menggunakan Akaun 1. Kalau tak buat ‘study’ yang betul, alamat rugi pada caj & rugi peluang untuk melabur di tempat lebih baik.
Baca –> PMART-UT : Kenapa Seorang Muslim Perlu Melabur Di Sini?
Bagi pandangan saya, adalah lebih baik melabur mengikut portfolio; iaitu mempunyai pelbagai dana dalam satu masa, bukan mengharapkan hanya pada satu dana semata-mata.
Apabila saya mengetahui bahawa PMART-UT (Managed Account for Unit Trust), dimana seorang pelabur boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 1 KW$P dan terus melabur di dana yang pelbagai pada satu masa (5-6 dana).
Baca –> PMART-UT: Private Managed Account for Retirement
Bawah ini, adalah contoh Portfolio pelaburan Unit Amanah. Untuk buat begini, lebih efisien dengan PMART UT, ‘single withdrawal for multiple fund investment’.
Objektif utama PMART UT adalah mengoptimumkan mencapai keuntungan, melalui pelaburan Unit Amanah yang dibenarkan oleh badan KW$P.
Apa perbezaan ketara antara PMART UT dan Unit Amanah guna akaun 1 KW$P?
Baca –> Melabur di Unit Amanah & PMART UT
Kunci Utama: Single Withdrawal for Multiple Unit Trust Fund Investment.
Pelaburan ini, sudah tentu mempunyai risiko tersendiri. Terutama, risiko pasaran yang sentiasa berubah-rubah. Oleh itu, pendekatan R&R (Review & Rebalancing) dibuat setiap 3 bulan sekali. Jika ada perubahan yang ketara (major changes) pada pasaran, Portfolio akan disusun semula dengan segera.
*Pembukaan akaun PMART UT, buat masa hanya dibuka untuk Perancang Kewangan bertauliah sahaja. Boleh hubungi, Adib Yazid 019 – 366 0319 untuk temujanji.
Boleh Muat Turun: Brochure PMART UT