4 Benda Ini Kena Mula Sebelum Umur 30 Tahun (TAK WAJIB)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sebelum ini saya sudah kongsikan Tips Kewangan untuk Graduan Muda (Baca). Harap dapat membantu perjalanan kewangan yang mapan dan mantap. Untuk bina sebuah empayar, batu bata asas pun sangat penting.

Ada juga pembaca yang mengatakan bahawa sudah buat perkara itu, ketika tahun ke 3 atau tahun ke 4 universiti / kolej lagi. Maknanya, apa yang saya faham mereka telah bermula awal. Agak kagum dengan golongan muda yang celik kewangan hari ini.

Ada yang meminta langkah seterusnya yang boleh dilakukan untuk memajukan kewangan diri sendiri sebagai menempuh usia muda.

Ini adalah apa yang saya rasa patut buat untuk graduan muda, dan mesti (tidak wajib ya!) lakukan sebelum usia mencecah 30 tahun.

Adib Yazid Financial Planner.jpg

 

#1. Menyimpan Sehingga Jumlah Untuk 12 Bulan

Apa pulak ini? Hari itu kata, 3 bulan je. Sekarang dah 12 bulan.

Ya, dalam pelbagai ‘mazhab’ kewangan peribadi. Ada menyebut menyimpan 3 bulan simpanan kecemasan sudah memadai. Ada juga sifu atau mentor-mentor di luar sana mengatakan, 3 bulan adalah angka minima. 6 bulan sepatutnya seorang itu patut ada. Tak kisah, samada 3, 6 atau selebihnya adalah sangat bagus. Janji menyimpan.

Saya menggalakkan anak muda, sebelum berusia 30 tahun mempunyai simpanan bernilai 12 bulan perbelanjaan (saya suka 12 bulan pendapatan, tetapi angka ini sangat tinggi). Okay, saya ambil pendekatan 12 bulan pendapatan.

Andaikata, gaji bulanan anda bernilai RM3000 sebulan, bermaksud anda perlu ada RM36,000 dalam satu akaun. Saya mencadangkan letak sahaja di ASB atau Tabung Haji. Bukan sekadar menyimpan tetapi boleh menikmati pulangan pelaburan atau Hibah.

Apa sebabnya? Apabila mempunyai simpanan sehingga 12 bulan, bermaksud andaikata anda bakal di buang majikan disebabkan faktor ekonomi dan lain-lain, anda mampu mencari kerja yang lebih baik dalam masa 12 bulan! Atau, kalau niat tidak mahu sambung kerja, dan mahu memulakan perniagaan, sekurang-kurang anda boleh ‘survive’ untuk 12 bulan melakukan validasi bisnes. (Nota: Memulakan bisnes adalah sangat ‘tough’, 12 bulan ini pun kadangkala belum mencukupi)

 

#2. Memikirkan Tentang Persaraan

“Usia muda dah fikir tentang persaraan, patutkah?” Patut sangat. Untuk lebih memudahkan menyimpan tentang persaraan, sepatutnya bermula pada usia muda.

Selain mencarum di KWSP samada diri sendiri dan majikan, gunakan peluang masa muda mula menyimpan di PRS (Private Retirement Scheme) di mana mempunyai lebih luas pilihan dan risiko pelaburan.

Banyak manfaat mula menyimpan di PRS.

a) Dapat pengecualian cukai untuk persendirian. Amaun sehingga RM3,000 setahun, atas caruman kasar termasuk caj pendahuluan.

b) Insentif Golongan Muda (Youth Incentives) bagi usia 20-30 tahun. Dulunya, RM500. Sekarang sudah capai angka RM1,000. Ambillah, sementara kerajaan baik hati memberi.

 

#3. Mula Kenal & Labur di Unit Amanah (Unit Trust)

 Pada nota sebelum ini, saya sudah cadangkan supaya mula buka akaun di ASB. Pelaburan di ASB sebenarnya adalah salah jenis pelaburan Unit Amanah, cuma pelaburan ini lebih berisiko rendah, mempunyai caj sifar (tiada caj dikenakan) dan dibawah salah satu badan terkemuka, Perbadanan Nasional Berhad.

Maksud, mula kenal dan labur di Unit Amanah, adalah Unit Amanah selain ASB. Melabur di sini, untuk membiasakan diri dengan terma-terma pelaburan tetapi dengan risiko lebih rendah berbanding melabur di saham.

Perkara yang perlu tahu tentang Unit Amanah:

  • Keuntungan boleh dinikmati seawal 3-5 tahun, juga bergantung pada risiko pelaburan, prospek pelaburan dan strategi.
  • Keuntungan boleh dinikmati antara 5% – 15%, juga bergantung kepada horizon masa pelaburan, risiko & strategi.
  • Keuntungan boleh datang dari 3 perkara; (1) Capital Gain, hari ini beli RM1, esok jadi RM1.20, sudah untung 20 sen. (2) Dividen, ini apabila syarikat yang menguruskan mengumumkan keuntungan. (3) Bonus, ini juga bergantung kepada syarikat pengurusan.

Dalam blog saya ini, kerap juga saya tulis tentang Unit Amanah. Anda boleh baca melalui link-link saya sediakan di bawah ini.

  1. Strategi Unit Amanah – Park, Balance, Perform!
  2. Bagaimana Memilih Dana Pelaburan Unit Amanah?
  3. Unit Amanah – Pelaburan Wajib. Betul ke?
  4. Soal Jawab: Apa Sektor Dana Yang Sesuai Untuk Unit Amanah?
  5. Bagaimana Nak Buat Portfolio Review Unit Amanah Secara DIY (Do-It-Yourself)?

 

#4.  Membeli Emas Fizikal, Jongkong

Ya, bukan emas pakai atau buku akaun emas macam GIA (Gold Investment Account) di bank-bank. Saya juga berpendapat bahawa orang muda peganglah emas fizikal sedikit. Emas boleh buat keuntungan dengan melihat turun-naik harga emas, melalui aktiviti jual beli.

Saya beli emas bukan sebab pelaburan (dan pernah buat untung melalui jual beli emas), tetapi lebih kepada ‘pertahanan’ saya andaikata ekonomi dunia lumpuh. Tambahan, saya beli emas sebagai persediaan saya nak kahwin. Kalau jumpa jodoh, ada emas sebagai buat belanja kahwin. Hihi. Terpulang.

Ada beberapa poin kenapa umur muda perlu memiliki emas:

  • Apabila nilai wang menyusut, nilai emas meningkat.
  • Senang nak dicairkan, bermaksud nak jadikan tunai.
  • Ada pendapat, sebagai pelindung kekayaan.

Emas bukan instrumen kegemaran, tetapi tak boleh menidakkannya.

 

Apa-apa pun, kesemua di atas ini tidak wajib lakukan pun!

Terpulang bagaimana hendak urus kewangan sendiri. Anda pun lakukan sendiri. Kalau ingin menggunakan khidmat Perancang Kewangan Berdaftar (Financial Planner Representative) boleh hubungi saya melalui:

Adib Yazid (Phone: 019 – 3660319, Email: adibyazid8282@gmail.com)

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s