Inflasi – Perompak Paling Senyap

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pernah tanya seseorang yang suka memang anti terhadap apa-apa instrumen pelaburan. Terlalu anti, sehinggakan hanya meletakkan duit simpanan enam angka di akaun bank semata-mata. Alasannya, tak mahu kerugian satu sen pun duit yang pernah beliau susah payah dapatkan.

Ini hakikat anda perlu tahu;

Tak buat apa-apa, hanya letak duit dalam akaun sahaja nilai duit anda menyusut.

Macam mana boleh menyusut?

Inflasi.

ADIB YAZID Inflasi.jpg

Inflasi adalah perompak senyap yang sentiasa ada bersama dengan kita, sepanjang masa. Inflasi menyebabkan kuasa membeli kita semakin berkurang. Duit not RM50 yang kita terima tahun 1990 lebih mewah berbanding RM50 dibelanjakan tahun 2018. Dulu harga sebungkus nasi lemak tahun 1999, RM1 sudah cukup mewah. Boleh ada telur goreng mata atau sambal sotong. Hari ini, tahun 2018 nasi lemak RM1, nasi hanya seciput dan sambal hanya cinonet atas nasi.

Biasanya, kadar inflasi adalah sekitar 3% setahun.

Kalau anda menyimpan di FD (fixed deposit), yang memberi 3% bermakna duit anda hanya mempunyai nilai yang tetap sahaja. Macam tak merasa kenaikan nilai duit tersebut.

Andaikata menyimpan di akaun simpanan, yang bagi kadar hibah / interest rate bawah 1%, tak ke lagi haru? Bermaksud menyimpan di akaun simpanan, duit anda akan menyusut 2% setiap tahun. Simpan RM1000, hujung tahun macam hilang RM20.

Oleh itu, menyimpan di tempat yang memberi pulangan / peratus bawah 3%, ini adalah sangat kritikal.

 

Melabur untuk melawan Inflasi

Cara untuk mengatasi inflasi adalah dengan melabur. Sudah tentu pelaburan mempunyai risiko tertentu yang perlu tahu. Memilih pelaburan juga sangat bergantung pada profil risiko si pelabur itu sendiri. Kalau jenis berisiko tinggi, membeli ‘stock’ di pasaran Bursa adalah pilihan. Jika risiko sederhana, Unit Amanah adalah opsyen. Ada banyak lagi instrumen pelaburan, contoh hartanah, komoditi dan sebagainya.

Apabila melabur, jangan terlalu fokus pada satu instrumen sahaja.

Buat portfolio pelaburan sendiri.

  1. Tahu risiko sendiri. Kalau anda seorang yang konservatif, mungkin hanya 20% daripada jumlah nilai portfolio melabur di ekuiti.
  2. Apabila melabur, perlu ingat jangan memfokuskan pada satu instrumen sahaja atau satu industri (jika membeli saham). Divesify!
  3. Pelaburan adalah aktiviti yang aktif. Perlu ada aktiviti ‘monitoring’, ini juga bergantung kepada diri masing-masing. Disarankan, minima buat ‘check & balance’ setiap 3 bulan, bagi memastikan Portfolio pelaburan anda selari dengan matlamat dan jangka masa pelaburan.

Poin kita perlu tahu, melabur bukan sekadar buat untung sahaja. Melawan inflasi yang berlaku hari ini adalah objektif utama melabur.

Memang ada buku kewangan di luar sana mengatakan ‘saver is loser’. Ini semua disebabkan kadar inflasi yang tinggi dan pada masa yang sama, kita tidak melakukan terbaik untuk melawan inflasi.

Adib Yazid

 

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s