Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Soalan di atas; adakah kita memerlukan seorang Financial Planner dalam urusan kewangan peribadi kita?
Dalam aspek pengurusan kewangan, sebenarnya diri sendiri yang bertanggungjawab untuk menguruskan segala sumber kewangan dan pengurusan kewangan berhemah. Tanggungjawab ini adalah tanggungjawab peribadi.
Cumanya, dari segi pengetahuan, masa dan skil menyebabkan kita akan mempunyai pemahaman yang terhad bagaimana nak menguruskan kewangan peribadi. Perkara ini boleh diatasi dengan mengambil inisiatif untuk mencari ilmu.
Financial Planner: Siapa Mereka?
Financial Planner adalah individu yang mempunyai lesen daripada Suruhanjaya Sekuriti, dimana mereka dibenarkan dan layak untuk memberi nasihat dan pandangan terhadap kewangan samada individu atau syarikat.
Mereka wujud sebenarnya di Malaysia. Ketika artikel ini ditulis bilangan mereka masih belum mencecah angka 900 lagi. Berdasarkan lanskap industri kewangan di Malaysia, angka ini bakal bertambah dari masa ke semasa.
Apa yang mereka boleh buat?
Kalau sembang, biasa kita dah faham siapa itu Ejen Takaful, Ejen Insuran, Ejen Unit Amanah, Ejen PRS atau konsultan pengurusan harta pusaka. Terbaru, tentang FAR (Financial Advisor Representative).
Financial Planner merangkumi lebih meluas. Boleh rujuk rajah di atas.
Berbalik kepada soalan di atas, adakah kita memerlukan Financial Planner?
Perlu jika anda mahu merancang kewangan menggunakan khidmat profesional dan lebih mempunyai kelayakan dalam bidangnya. Malah lebih efisien dan efektif berbanding diri sendiri hendak menguruskannya disebabkan kekangan masa.
Boleh dapatkan khidmat Perancangan Kewangan melalui Adib Yazid, emel: adibyazid8282@gmail.com atau hubungi: 019-3660319.