Financial Planner & Financial Advisor – Apa Jobscope Kerja Ini?

Ini adalah perkongsian Suzardi Maulan di Facebook peribadi beliau bertarikh 8hb April 2018. Boleh rujuk perkongsian penuh di FB Suzardi Maulan.

151028_ADV_HowFinancialPlanner

“Kau jadi licensed financial planner tu apa jobscope ek?”

Kawan lama hantar mesej. Saya pun bertanya lebih lanjut. Rupa-rupanya ada beberapa proposal insurans / takaful sampai ke mejanya. Katanya dari financial planner.

Mungkin kawan saya ini pelik sebab kata ‘financial planner’ tapi kenapa jual insurans / takaful. Apa beza ‘financial planner’ dengan ejen insurans macam tu?
.

Merujuk kepada persoalan kawan saya tu, financial planner atau lebih spesifik dalam konteks insurans / takaful istilah yang lebih tepat untuk financial planner adalah Financial Adviser Representative (FAR).

Apa beza dengan ejen biasa? Dipendekkan cerita, FAR boleh memasarkan pelbagai produk insurans / takaful tanpa perlu terikat dengan satu syarikat.

Maksudnya melalui FAR, seseorang itu boleh mendapatkan comprehensive takaful plan yang macam ini.

+ Medical card dari takaful A
+ Term takaful dari takaful B
+ Investment-linked dari takaful C.
+ Dan oleh disebabkan dia buat online business, ada cyber risk management untuk melindungi harta-harta online yang dia ada, dari offshore takaful provider pula.

1 FAR, dapat 4 takaful protection dari 4 takaful provider yang berbeza untuk 4 keperluan perlindungan kewangan. Kenapa sampai 4 takaful provider?

Sebab FAR cari yang terbaik untuk keperluan klien. Macam seperti apa yang tulis sebelum ni, FAR mewakili klien. Bukan syarikat.
.

Secara umumnya financial planner berlesen boleh buat macam-macam perkara yang berkaitan kewangan. Individu atau korporat.

Tetapi realitinya, terpulanglah kepada licensed financial planner itu secara individu untuk fokus dalam bidang apa walaupun boleh nak buat semua.

Ya, macam doktor kan. Ada pakar jantung, ada pakar buah pinggang, ada pakar kanak-kanak.

Saya buat apa?

1) Advisory

Macam sediakan peta untuk anak muda khususnya suami isteri, yang nak ada 6 angka ASB tanpa perlu buat loan. Buat reviu investment, khususnya mereka yang tengah rugi dan restructure semula investment mereka. Bantu couple investor yang nak pastikan investment mereka dapat “diwarisi” 100% antara suami-isteri tanpa melanggar hukum faraid.

2) Investment Management Services

Untuk individu high-net worth yang tak ada masa nak urus sendiri pelaburan saham. Customized ikut keperluan klien. Agresif ada, conservative ada, fokus IPO ada dan lain-lain.

Ya, untuk orang tak ada masa nak belek website Bursa Malaysia, baca laporan syarikat, track investment performance dan kerja hakiki pelabur lainnya.

Ada modal yang cukup, buat ‘ujian sikit’ dan kalau lulus baru boleh sign agreement dan akhirnya dapat jadikan saham sebagai salah satu kenderaan kekayaan.

Suzardi Maulan (Pakdi)
www.suzardimaulan.com

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s