Pengurusan Cukai Untuk KEYMAN Insuran – Firdaus Roslan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tulisan di bawah ini adalah hakmilik Firdaus Roslan, boleh dibaca melalui laman Facebook beliau, Firdaus Roslan Advisory. (Ada buat pengubahsuaian dari segi ejaan semata-mata, alih bahasa Inggeris ke bahasa Melayu dan tidak mengganggu konten keseluruhannya)

Key Man Insuran Takaful


 

Hari ini FR nak berkongsi mengenai tax treatment pada Key- Man Insurance.

Key-Man Insurance adalah insurance yang akan memberi pampasan kepada sesuatu perniagaan jika orang penting (key-person) dalam bisnes tersebut meninggal dunia atau tidak boleh bekerja (contohnya; cacat kekal).

Ok, post ini agak berat sikit hari ini. FR cuba sampaikan dalam bentuk soal jawab (Q&A) untuk senang faham.

Q: Bila ambil key-man insurance, siapa yang bayar premium insuran dan siapa yang dapat pampasan?

A: Yang bayar premium adalah syarikat Jadi yang dapat pampasan adalah syarikat, bukan anak/isteri key-man tersebut.
Q: Kalau syarikat yang  bayar premium, boleh tak perbelanjaan tu jadi Tax-Deductible Expenses?

A: Ya, boleh. Dengan syarat, insuran tersebut mestilah TIADA elemen pelaburan (investment). Maksudnya, kalau key-man anda sihat walafiat sewaktu polisi insuran tamat tempoh, anda tak akan dapat apa-apa bayaran daripada insuran.

Biasanya polisi ‘whole life’ atau ‘endowment’ yang ada ‘cash value’ (nilai tunai) atau ‘bonus’ TAK LEPAS syarat (requirement) sebagai sesuatu yang Tax Deductible.

Polisi ‘standalone’ seperti ‘term’ atau ‘personal accident’, boleh lepas syarat  (requirement) sebagai Tax Deductible Expenses dengan syarat polisi tidak menawarkan apa-apa bayaran ketika tamat tempoh.
Q: Ok jadi elok ambil standalone la ya, FR? Pembayaran premium boleh kurangkan cukai.

A: Nanti dulu. Kena tahu juga maklumat seterusnya:

Yang TAK LEPAS tadi, pampasan yg diterima (jika key-man anda meninggal/cacat-kekal) dari insuran tidak akan dikenakan cukai.

Yang LEPAS tadi, pampasan yang diterima akan dikenakan cukai. Kiranya pampasan tersebut akan jadi ‘taxable income’.
Jadi bergantung kepada bisnes masing-masing.
Standalone polisi insurance atau tidak untuk key-man, bergantung kepada anda.

Kalau standalone, bayar premium setiap tahun boleh kurangkan tax. Tapi kalau dapat pampasan nanti, kena tax juga.

Kalau bukan standalone, bayar premium setiap tahun tak boleh kurangkan tax. Tapi bila dapat pampasan nanti, tidak perlu di tax.

Rujukan:
LHDN, Public Ruling 2/2003. Issue Dt: 30/12/2003

 

April 14, 2018

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s