Soalan: Patut ker Cashback saya terima beli rumah selesaikan hutang-piutang?

151028_ADV_HowFinancialPlanner

Soalan:

Saya ada peluang beli satu rumah BMW (below market value). Di mana cashback saya dapat selesaikan hutang-hutang.

 Adakah okay untuk saya selesaikan hutang yang besar (guna duit cashbak) atau saya beli aset lain untuk dapatkan lebihan cashflow untuk selesaikan hutang-hutang?

 Ini adalah maklumat hutang-hutang saya.

 Personal Loan : RM75,000

Bayaran Bulanan: RM1,012

Jenis Pinjaman / Pembiayaan: Pinjaman Koperasi (rate % tertinggi), rasanya 6%.

Tempoh pembiayaan: 10 tahun (mula tahun 2016, sekarang baru 2 tahun lebih).

 Pembiayaan Rumah : Hutang Baru, cashback diterima RM90,000+

Bayaran Bulanan: RM1763

Peratus Pinjaman / Pembiayaan: 4.4%

 Mengenai cashflow saya;

 Anggaran RM200-RM300 sebulan.Saya buat homestay (target minimum RM1,800 untuk net bulanan). Biasanya, pendapatan purata RM1,400 – RM2,000. Pendapatan paling rendah adalah RM500. Pendapatan tertinggi pernah diterima RM3,000.

 

Pandangan:

Penafian. Ini hanya pandangan peribadi semata-mata. Sebab nak buat benda ini kena perlu tahu perkara lebih terperinci, banyak perkara.

Lihat, pinjaman peribadi ini baru bermula. Baru dua tahun. Kalau selesaikan awal guna ‘cashback’ yang diterima daripada pembelian rumah, dapatkan jimatkan pembayaran hutang pinjaman peribadi.

Boleh tanya pihak koperasi kalau nak buat ‘full’ / ‘early settlement’.

Dari apa yang diberitahu, selesaikan awal. Jadinya, ada lebihan RM1,012, tambah RM200-RM300, tambah RM1,800. Sudah ada lebih kurang RM3,000 sebulan.

Rumusan saya boleh bagi;

  1. Selesaikan hutang pinjaman peribadi.
  2. Bermula dari kosong semula (tiada tunai).
  3. Fokus kepada menyimpan secara agresif.
  4. Target amaun simpanan perlu capai adalah minima RM50,000.
  5. Selepas capai RM50,000. Sudah boleh fokus kepada penambahan aset-aset lain.

 

Adib Yazid, seorang perancang kewangan (Financial Planner Representative) di bawah lesen Securities Commisioner. Untuk mendapatkan khidmat perancangan kewangan boleh menghubungi melalui o19-366 o319 atau email, adibyazid8282@gmail.com

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s