Financial Planner : Adakah Anda Sudah Bersiap Sedia Menggunakan Khidmat Financial Planner?

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Financial Planner selalu disalah ertikan mereka adalah golongan seperti ejen insuran, ejen takaful atau ejen unit amanah. Tanggapan itu sebenarnya salah pada awal pengenalan Financial Planner di Malaysia.

Financial Planner (teknikalnya, sepatut disebut sebagai Financial Planner Representative) adalah individu yang memberi khidmat nasihat dari segi perancangan kewangan. Paling penting tidak terikat dengan mana-mana syarikat prinsipal atau bank-bank. Mereka adalah individu bebas untuk mewakili pelanggan membantu merancang kewangan dengan lebih baik.

Sebenarnya, ada dua jenis Financial Planner:

  1. Commission-based Financial Planner. Mereka akan menerima komisyen daripada produk kewangan ditawarkan. Mereka tidak akan mengenakan caj konsultansi.
  2. Fee-based Financial Planner. Mereka mengenakan caj terhadap khidmat konsultansi dan bergerak bebas, tidak terikat mana-mana produk kewangan di pasaran.

 

Adib Yazid KC Lau Free Financial Planner.jpg

Persoalan Utama: Berapa Anda Sanggup Bayar Untuk Perkhidmatan Financial Planner?

Seorang Financial Planner adalah seperti profesional yang lain; doktor, peguam, engineer dan seumpamanya. Golongan profesional ini memberi khidmat nasihat dan menerima upah bayaran. Perlu tahu, bayaran buat masa sekarang tidaklah lumayan seperti yang dicanangkan.

Punca utama adalah masyarakat Malaysia menurut laporan, masih belum matang untuk mengurus kewangan menggunakan khidmat orang ketiga. Apatah lagi soal nak membayar individu lain untuk nasihat kewangan!

Kalau kita sakit, kita tahu kita memerlukan khidmat perubatan. Doktor akan buat pemeriksaan, periksa keadaan semasa dan akan memberi nasihat kepada pesakit untuk sihat.

Sama situasi apabila kita berada dalam isu perundangan. Apabila kita disabitkan kesalahan, kita memerlukan khidmat peguam. Pihak peguam akan membantu kita memberi nasihat apa yang perlu dilakukan. Kedua-duanya menerima bayaran atas khidmat nasihat diberi.

Akan tetapi, apabila kita berada dalam situasi kewangan yang membebankan atau kritikal, kita lebih sudi diamkan diri. Lebih baik hadam sendiri daripada berkongsi dengan orang lain, termasuklah isteri dan anak-anak sendiri.

Ramai ingin mahu menyelesaikan isu kewangan secara sendiri. Ada situasi menjadi lebih parah dan teruk. Ketika ini datang fungsi seorang Financial Planner.

Sepatutnya, khidmat Financial Planner diperlukan apabila situasi untuk mencegah bukan apabila sudah dalam kritikal. Situasi yang teruk, tak banyak boleh dilakukan oleh seorang Financial Planner. Lebih teruk, ada memperlekehkan Financial Planner setelah kerja dilakukan.

 

Menguruskan Konflik Peribadi & Konflik Pelanggan

Pelanggan percaya jika kita guna khidmat Financial Planner, akan menerima nasihat yang betul-betul 100% terhindar dari ‘favouritism’ ke arah sesebuah syarikat kewangan. Di negara luar, ya, anda boleh dapatkan Financial Planner sebegitu. Ini disebabkan di negara lain, masyarakat sudah matang dalam bab pengurusan kewangan.

Di Malaysia, jika hendak berjumpa dengan Financial Planner yang betul-betul jelas & neutral, angkanya terlalu minima. Ada Financial Planner yang datang daripada latar belakang seorang ejen insuran / takaful atau ejen unit amanah. Di mana ejen-ejen ini sudah biasa dengan ‘high commission sales driven’. Lebih ketara, jika Financial Planner itu tidak mengenakan caj terhadap konsultansi, mereka lebih gemar untuk memberi cadangan terhadap produk kewangan memberi komisyen tinggi terhadap mereka.

 

Tugas Seorang Financial Planner Bukan Kerja Mudah

Pada awal pemahaman, saya ingatkan kerja seorang Financial Planner mudah.

Selepas saya ambil ShRFP (Shariah Registered Financial Planner) & IFP (Islamic Financial Planner), baru saya tahu bahawa cara kerja seorang Financial Planner bukan kerja mudah & boleh diambil ringan.

Bermula dari proses mendapatkan maklumat, kadangkala boleh mengambil masa seminggu dua. Jika tak mencukupi, adakalanya seorang Financial Planner perlu membuat temujanji dan sesi umpama ‘interview’ untuk mendalami keadaan semasa pelanggan. Selepas dapat segala maklumat, Financial Planner pula menganalisa & memikirkan cara memperbaiki keadaan kewangan tersebut.

Proses ini boleh jadi makan berbulan-bulan. Pada pengalaman saya sendiri, ada pelanggan yang sudah ‘give-up’ di pertengahan.

Jika seorang Financial Planner mengenakan caj yang rendah, agak tidak masuk akal dari segi pandangan bisnes. Disebabkan Financial Planner ini masih baru, rata-rata seorang Financial Planner masih giat dalam fasa pemasaran dan membina reputasi diri di kalangan masyarakat. Tak boleh harap seperti profesion doktor pakar, dimana sudah ada pesakit sedia menunggu.

 

Financial Planner yang Sejati

Secara ideal, seorang Financial Planner yang benar-benar sejati adalah tidak terikat pada mana-mana produk kewangan. Seorang Financial Planenr sepatutnya sentiasa dalam keadaan meletakkan keutamaan pada pelanggan berbanding poket diri sendiri (komisyen tinggi daripada produk).

Saya boleh katakan masih baru dalam bidang ini, walaupun sudah berkecimpung dalam dunia kewangan sejak tahun 2012. Walaupun profesion ini sudah lama ada dalam pasaran, masyarakat masih tidak jelas tugas seorang Financial Planner.

Ada yang masih mengatakan Financial Planner dan ejen yang mengamalkan pendapatan daripada komisyen masih sama. Tambahan, bilangan Financial Planner di Malaysia yang berdaftar masih di bawah angka 1,000 lagi. Lagipun daripada angka Financial Planner berdaftar tidak semua mengamalkan praktis seorang Financial Planner secara sepenuh masa.

Sumber nukilan: KC Lau

Adib Yazid

 

 

 

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s