Kelayakan PPK (Program Pengurusan Kredit)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Walaupun saya seorang Financial Planner Representative, jika keadaan kewangan seseorang itu terlalu meruncing saya akan sarankan pergi ke AKPK (Agensi Kaunseling Pengurusan Kredit).

AKPK Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK)

Sebenarnya salah faham, orang ingat AKPK hanya untuk orang yang sudah ‘blacklist’. Fahaman ini perlu dibetulkan terlebih dahulu. AKPK ini banyak perkara boleh buat, antaranya;

  • Pendidikan Kewangan tentang asas pengurusan wang dan tip guna kredit yang betul dan bijak.
  • Kaunseling Kewangan, iaitu boleh dapat nasihat kewangan seperti buat bajet, urus kewangan dan hal-hal berkaitan kredit.
  • Program Pengurusan Kredit (PPK), ini adalah program yang selalu disalah faham. Ini adalah program kawal semula kewangan, dimana akan jumpa kaunselor dan buat kerjasama untuk menyediakan pelan pembayaran semua pinjaman peribadi melalui rundingan dengan penyedia kredit.

Kriteria kelayakan untuk Program Pengurusan Kredit (PPK) adalah seperti berikut:

  • Mempunyai baki pendapatan yang positif selepas menolak perbelanjaan anda.
  • Kemudahan pinjaman peribadi anda mestilah diperolehi dari penyedia kredit yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia.
  • Jumlah pinjaman anda tidah melebihi  RM5 juta.
  • Anda tidak berada di bawah tindakan undang-undang tahap lanjut.
  • Anda tidak diisytiharkan sebagai muflis / bankrap.

Penyedia kredit terdiri daripada:

  • Bank perdagangan
  • Bank Islam
  • Syarikat insuran
  • Pengendali takaful
  • Institusi kewangan pembangunan
  • Pengeluar kad kredit / kad caj
  • Koperasi terpilih
  • Malaysia Building Society Berhad (MBSB)
  • Perbadangan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Perkhidmatan kewangan ini adalah untuk individu dan ianya percuma.

AKPK adalah salah satu cara nak selamatkan diri anda sebelum jatuh muflis. Bukan dah muflis baru nak jumpa.

Sumber: AKPK

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s