Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Di era moden ini, teknologi telah membantu kehidupan manusia ke arah lebih baik. Dulunya, kalau hendak telefon perlulah guna telefon yang saiznya besar. Kalau tak mampu lagi, gunakan telefon awam.
Zaman berubah, hari ini, disebut sebagai telefon pintar. Bukan sekadar telefon, malah boleh lakukan tugas lebih daripada sebuah telefon. Begitu juga dengan dunia kewangan. Â Penipuan dalam dunia kewangan, semakin lama semakin licik.
Melalui seminar My Money & Me yang saya baru hadiri di Ipoh, Perak. AKPK telah menyenaraikan empat perkara kita perlu waspada, iaitu ‘scam’ kewangan.
#1. Penipuan Urus Niaga Kad Kredit
Modus operandinya adalah mangsa akan menerima SMS yang mengataka kononya satu urus niaga telah digunakan ke atas kad kredit mangsa di sebuah permis perniagaan. Mangsa diminta untuk menghubungi nombor yang diberikan bagi tujuan pengesahan dengan segera.
Manga yang panik akan cuba menghubungi nombor diberikan, yang sebenarnya helah sindiket yang akan merugikan mangsa kelak.
#2. Helah Panggilan Telefon
Sindiket penipuan yang didalangi oleh warga tempatan dan warga asing ini, membuat panggilan telefon secara rambang dengan mendakwa mewakili sesebuah institusi kewangan. Panggilan tersebut bertujuan bagi membuat pengesahan transaksi kad kredit yang kononnya milik anda.
Taktik ini digunakan untuk memperdaya mangsa dan boleh menyebabkan kerugian berjumlah ribuan ringgit.
#3. Skim Penipuan PONZI
Siapa lagi tak kenal PONZI? Skim penipuan Ponzi selalu menggambarkan bahawa skim mereka adalah peluang pelaburan yang menguntungkan. Skin ini selalunya berfungsi mengikut sistem piramid, iaitu wang yang diterima daripada ahli baru akan digunakan untuk membayar ahli sedia ada.
Apabila tiada lagi ahli baru, maka seluruh skim akan gagal.
#4. Skim Cepat Kaya
Skim cepat kaya ialah satu pelan yang lazimnya menawarkan kadar pulangan yang tinggi atau tidak realistik bagi jumpah pelaburan yang kecil. Pada masa yang sama, menjanjikan bahawa pelaburan tersebut adalah mudah dan bebas daripada sebarang risiko.
Sumber: AKPK Official