Saudara Adib,
Saya rasa amat tertarik selepas membaca blog saudara baru-baru ini.
Saya sebenarnya ingin menanyakan tentang karier sebagai Perancang Kewangan (Financial Planner). Saya seperti saudara sebelum ni juga, melanjutkan ijazah ke luar negara.
Saya menamatkan pengajian pada hujung 2013. Sekarang ini sedang bertugas dengan kerajaan (sebagai doktor perubatan di Kelantan). Saya ada kontrak dengan servis Kerajaan selama 16 tahun – masih berbaki dalam 12 tahun lagi. Bidang kewangan memang selama ini bidang yang saya minati.
Persoalan saya adalah macam mana karier prospek sebagai Perancang Kewangan (Financial Planner) di Malaysia? Saya sebenarnya macam berminat nak ambil Syariah Financial Planner (ShRFP)
Apa pendapat saudara, bolehkah bidang ini dibuat secara separuh masa (part time)? Atau perlukah saya cuba dulu sebagai Unit Trust Consultant (UTC) atau Ejen Takaful terlebih dahulu?
Mohon pencerahan daripada Saudara Adib.
Terima kasih.
Terima kasih kerana membaca blog saya, AdibYazid.Com. Harap blog itu mampu memberi manfaat kepada tuan. Terima kasih juga kerana menunjukkan minat terhadap bidang kewangan terutama Financial Planner, bidang ini memerlukan individu yang benar-benar berminat dan mempunyai passion tinggi.
Sejujurnya, saya pun masih baru dalam bidang ini iaitu bidang Financial Planner. Saya meletakkan diri saya bukanlah barisan yang arif tentang selok belok bidang ini. Walaupun sudah hampir 7 tahun dalam bidang kewangan, 5 tahun sebelum ini lebih kepada pengurusan Takaful dan pelaburan Unit Amanah sahaja.
Ini hanya pendapat peribadi saya;
Bidang Financial Planner ini masih baru, ketika pada permulaan saya baru mengambil ShRFP dan IFP, baru sahaja 400 lebih orang mempunyai lesen Financial Planner Representative. Sehingga tahun ini, angka yang diberitahu dalam linkungan 700 lebih begitu. Saya percaya angka ini akan terus meningkat saban hari.
Bidang ini adalah luas dan penting. Akan tetapi, belum ramai lagi mengetahui kewujudan siapa Financial Planner dalam pasaran kewangan. Ramai lagi mempunyai stigma bahawa Financial Planner ini sama sahaja, hanya tukar nama atau dilabelkan macam seperti ejen-ejen Unit Amanah atau Takaful. Walhal, hakikatnya berbeza.
Lebih mengeruhkan keadaan, Financial Planner sedia ada memang kebanyakan datang dari bidang jualan Takaful atau Unit Amanah. Cara orientasi kerja lebih kurang sama dengan cara kerja ejen. Atas sebab ini, masyarakat luar mempunyai persepsi yang sama.
Kalau diikutkan, Financial Planner mempunyai cara kerja yang sangat jauh berbeza. Semua ini sebenarnya sudah diajar dalam kursus seperti ShRFP atau IFP. Isunya, adakah dipraktis dengan cara yang betul? Oleh sebab ini, Financial Planner yang baru perlu melakukan kerja lebih memposisikan diri (positioning) di kalangan masyarakat tentang wujudnya Financial Planner. Ini adalah tugas pertama dan penting. Masyarakat perlu disedarkan dulu kenapa (the big why) Financial Planner perlu oleh setiap keluarga, syarikat atau komuniti. Kemudian, kesedaran bahawa cara kerja Financial Planner berbeza dan siapakah sebenarnya Financial Planner.
Ini adalah cabaran yang ada kalau tuan mahu menceburi bidang Financial Planner. Cabaran seterusnya adalah Internet Things atau Revolusi 4.0 Industri. Bidang Financial Planner di dunia sebenarnya sudah wujud lama. Kemunculan Robo-Advisor dan AI Kewangan menyebabkan ada berpendapat, Financial Planner tidak diperlukan. Bagi saya, Financial Planner ini masih ada ruang untuk diketengahkan dalam konteks masyarakat Malaysia.
Untuk menjadi Financial Planner, sepatutnya kena menjadi seorang yang sepenuh masa. Ini adalah berkaitan komitmen anda untuk memberi servis kepada pelanggan anda. Klien anda meletakkan tanggungjawab pengurusan duit kepada Financial Planner. Tugas pengurusan ini, bukan tugas boleh lihat hujung minggu sahaja. Kena lihat, bila pertukaran atau perubahan pasaran kewangan, isu terkini dan macam-macam lagi.
Apa-apa pun, ada doktor seperti tuan yang sudah mempunyai lesen Financial Planner tetapi meneruskan kerjaya doktor di siang hari dan menjadi Financial Planner di malam hari.
Jika tuan masih baru dalam bidang kewangan ini, sebagai pengurusan risiko, ada lebih baik tuan terlebih dahulu meletakkan satu kaki dalam dunia baru ini. Ya, mulakan dengan menjadi ejen Unit Amanah terlebih dahulu. Kenal asam garam pelanggan. Kenal bisnes bagaimana dikendalikan. Kenal pengurusan. Kenal selok belok. Belajar untuk buat presentation dan bisa menangani soalan-soalan daripada pelanggan.
Bak kata Warren Buffet dalam soal pengurusan risiko:
Risk comes from not knowing what you’re doing.
When taking a risk, never test depth of the river with both feet.
Sekali lagi, saya bukan yang terbaik untuk menerangkan prospek karier Financial Planner. Saya cuma percaya apa yang saya nampak di hadapan mata saya. Apa-apa pun, jika tuan memerlukan pandangan peribadi, saya sudi untuk kongsikan apa yang saya tahu.
Terima kasih.
Adib Yazid