Adib Yazid

About Me

Career Opportunities

Contact Me For Free Consultation

Download

Insurans / Takaful

Modul Latihan

PRS

Testimonial

Unit Amanah (Unit Trust)

Nama saya Mohd Adib Bin Mohd Yazid menggunakan nama samaran sebagai Adib Yazid. Saya adalah seorang Perancang Kewangan Bertauliah (Financial Planner Representative) berlesen di bawah Suruhanjaya Sekuriti (Securities Commission) dan Penasihat Kewangan Bertauliah (Financial Advisor Representative) berlesen di bawah Bank Negara Malaysia (BNM).

Nombor Lesen Suruhanjaya Sekuriti: eCMSRL/B7575/2017

Nombor FIMM: 043-0-21766

Nombor FIMM (PRS): P-043-0-20294

Saya juga mempunyai kelayakan dalam ShRFP (Shariah Registered Financial Planner) oleh MFPC (Malaysian Finance Planning Council) dan IFP (Islamic Financial Planner) oleh IBFIM.

Ketika ini bernaung di bawah syarikat-syarikat berikut:

Phillip Wealth Planners

Phillip Capital Management

Phillip Mutual

Lesen FPR (Financial Planner Representative) dan FAR (Financial Advisor Representative) membenarkan saya mempunyai akses kepada pelbagai produk kewangan.

Senarai syarikat Unit Amanah (Unit Trust), PRS & Takaful yang boleh diakses.

[UNIT AMANAH]

Aberdeen Islamic Asset Management Sdn. Bhd.

Affin Hwang Asset Management

Amanah Mutual Berhad

AmanahRaya Investment Management Sdn. Bhd.

AmFunds Management Berhad

Amundi Malaysia Sdn Bhd

BIMB Investment Management Berhad

CIMB-Principal Asset Management Berhad

Eastspring Investments Berhad

Franklin Templeton Asset Management (Malaysia) Sdn Bhd

Franklin Templeton GSC Asset Management Sdn Bhd

Inter Pacific Asset Management Sdn Bhd

KAF Investment Funds Berhad

Kenanga Investors Berhad

Libra Invest Berhad

Manulife Asset Management Services Berhad

Maybank Asset Management Sdn Bhd

MIDF Amanah Asset Management Berhad

Nikko Asset Management Asia Limited

Opus Asset Management Sdn Bhd

Pacific Mutual Fund Berhad

PMB Investment Berhad

Pheim Unit Trusts Berhad

Phllip Mutual Berhad

Phillip Capital Management Sdn Bhd

RHB Asset Management Sdn Bhd

RHB Islamic International Asset Management Sdn Bhd

TA Investment Management Berhad

UOB Asset Management (Malaysia) Berhad

[PRS]

AIA Pension & Asset Management Sdn Bhd

AmInvestment Service Berhad

CIMB-Principal Asset Management Bhd

Manulife Asset Management Service Berhad

[TAKAFUL LIFE]

AIA Public Takaful

Hong Leong MSIG Takaful

Zurich Takaful

Takaful Malaysia

Takaful Ikhlas

Archipelago

Etiqa Takaful

[PRODUK KEWANGAN LAIN-LAIN]

Unit Amanah (Unit Trust) – KWSP / EPF

Unit Amanah (Unit Trust) – Wrap Account, Zero Fees*, No charge for rebalancing/switch

Private Retirement Scheme (PRS)

Private Managed Account (Share)

Private Managed Account for Retirement (Share investment using KWSP/EPF)

Private Managed Account for Retirement (ETF investment using KWSP/EPF)

Global Wrap Account & Futures

Money Market Fund

Latar Belakang – Siapa Saya

Saya nama penuh, Mohd Adib Bin Mohd Yazid. Anak kelahiran Klang, Selangor. Pendidikan awal di sebuah tadika di Sri Muda Shah Alam. Kemudian bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Johan Setia. Melanjutkan pengajian sekolah menengah rendah di Sekolah Agama Menengah Hishamudin, Jalan Tepi Sungai, Klang. Mendapat tawaran memasuki MRSM pada tahun 2003 dalam aliran Perakaunan.

Tahun 2005 mendapat biasiswa JPA melanjutkan pelajaran ke Korea Selatan pada September 2005 tapi sebelum itu membuat persediaan bahasa di International Education College, Shah Alam. Mempunyai sijil bahasa Korea (Level I hingga level terakhir; Level VI) – bercakap dan menulis dengan fasih dalam bahasa Korea.

Menyambung pendidikan diploma di Dongyang Technical College di Gecheok-Dong, Seoul dalam pengajian Diploma in Mechanical System. (Sekarang sudah bertukar nama ke Dongyang Mirae University) Setelah tamat pengajian selama dua tahun, mengambil keputusan untuk menyambung ke peringkat ijazah di University of Ulsan (perjalanan dari Seoul sejauh 5 jam) dalam bidang Mechanical & Automotive Engineering. Menghabiskan pelajaran pada bulan Februari 2011 dengan cemerlang, antara kumpulan pertama pelajar Malaysia bergraduasi dalam bidang Mechanical & Automotive Engineering.

Siapa Saya Dalam Dunia Insurans/Takaful di Malaysia Ini?

Saya adalah usahawan / ejen sepenuh masa, dan saya bersama Prudential. Saya memulakan kerjaya saya dalam bidang Insurans/Takaful ini sejak Oktober 2012 secara separuh masa hanya selama enam bulan sahaja. Melihat industri ini satu peluang yang hebat, saya berhenti dari jawatan Senior Engineer di kilang Jepun dan mengorak langkah ke hadapan, bersama kumpulan Khalifah Group (salah satu agensi di bawah Prudential).

Alhamdulilah, berkat tunjuk ajar tentang teknik-teknik dan selok belok dari pelbagai sifu-sifu, mentor-mentor dan pelbagai seminar atau kelas mengenai insurans/takaful, saya dikurniakan pelbagai kejayaan dalam industri ini. Saya juga membantu ramai ejen-ejen baru mahupun lama melalui perkongsian idea-idea secara tidak langsung membantu mereka membina jualan yang lebih baik.

Saya juga dalam proses membantu sesiapa yang hendak mengubah nilai kehidupan ke arah yang lebih baik, dengan mengenalkan industri ini kepada mereka. Insha Allah. (Nota: Hanya yang betul-betul serius nak ubah kehidupan sendiri)

Bagaimana Mengenali Nama Prudential

Pada tahun terakhir di Ulsan, Korea – saya telah dikejutkan satu kejadian kemalangan jalan raya oleh kawan rapat saya. Disebabkan kejadian itu, saya faham mengenai kepentingan insurans – jika terjadi keadaan yang kita tidak ingini dan kurang sumber kewangan.

Itu adalah peristiwa kenapa saya perlu mempunyai insurans setibanya saya mula bekerja di Malaysia. Bila pulan ke Malaysia pada 27 haribulan Februari, baru saya tahu ada banyak syarikat insurans, termasuklah takaful! Nature saya, sebelum saya memberi komitmen (memiliki insurans / takaful adalah komitmen besar saya), saya perlu faham dan ‘study’ mengenai beberapa perkara.

Ketika itu saya diperkenalkan oleh ibu saya, mengenai Prudential BSN Takaful. Setelah 20 hari saya fahamkan mengenai apakah itu insurans dan takaful, bulan 4 adalah bulan pertama saya mempunyai polisi takaful sendiri – permulaan dengan caruman RM200 sebulan. Itu adalah permulaan bagaimana saya tahu mengenai nama Prudential.

Bagaimana tahu mengenai kerjaya dalam Insurans / Takaful

Pada tahun 2011, ketika itu saya pelik kenapa ada ejen-ejen insurans / takaful bersungguh ‘approach’ orang di pasaraya atau di depan bank-bank. Soalan saya tanya adalah; ‘Kenapa mereka beria-ia melakukan kerja ini?’

Lalu saya tanyakan kepada ejen saya dan ejen saya mengajak saya ke pejabat beliau di TTDI Jaya, Shah Alam. Kali pertama saya masuk pada Oktober 2011, saya telah diterangkan mengenai potensi pendapatan yang boleh dijana – dan saya terkejut! Sekarang saya tahu apakah sebab ejen-ejen tadi bersungguh-sungguh mendapatkan pelanggan!

Akan tetapi, saya belum terbuka hati lagi hendak menjadi ejen. Saya merasakan saya perlu bekerja sebagai seorang jurutera, dan rasa masih perlu gunakan ilmu-ilmu saya pelajari dalam dunia kejuruteraan.

Mentaliti saya – saya seorang pelajar oversea , tak sesuai buat kerja begini. Tidak standard .

Peningkatan pendapatan (increment) setelah hampir dua tahun bekerja, pangkat berubah dari Engineeer ke Senior Engineer tapi increment hanya RM140.oo setahun.

Peluang kedua muncul semula

Setelah hampir 1 tahun setengah berada dalam dunia kejuruteraan – dari segi pendapatan tidak memberangsangkan apatah lagi, saya kena berada di kilang saya bekerja seawal 7.30 pagi sehingga larut malam – 8 malam adalah awal, boleh terlajak sehingga 2 pagi.

Saya terfikir untuk melakukan kerja lain, untuk menambah pendapatan melalui bisnes.

Lalu, pada tahun 2012 saya terlibat dengan menjadi guru tuisyen bahasa Korea untuk syarikat yang memerlukan atau pelajar-pelajar yang menginginkannya. Saya juga terlibat dengan menjual pakaian-pakaian seperti designed T-shirt pada tahun yang sama. Tapi saya merasakan model bisnes begini agak tough , kena sentiasa up-to-date. Manakala mengajar bahasa Korea memang hanya berdasarkan demand & supply , dan sangat terhad kerana yang mengajar bahasa Korea adalah saya seorang sahaja.

Saya terfikir semula peluang untuk buat duit melalui insurans / takaful.

Siapakah yang memperkenalkan kerjaya ini?

Pada Jun 2012, saya berada di kilang sibuk dengan hal mesin baru masuk. Saya duduk di smoking room pejabat, menghilangkan penat sambil menghisap rokok (ketika itu saya seorang yang heavy smoker ).

Ketika itu saya telah ditanya oleh rakan seangkatan tapi dari department lain, Ihsansubhi. Beliau bertanya satu soalan kepada saya – ‘Ang nak jadi ejen insurans tak? Jual kat orang Korea.’ Seperti orang mengantuk disorongkan bantal. Waktu itu memang saya ada niat nak tanya peluang untuk menjadi ejen insurans / takaful lebih komited sebelum ini. Lalu, pada hujung minggu itu, saya dibawa bertemu dengan leader saya hari ini, Norhisyam telah membuka perspektif baru mengenai karier ini.

Saya masih ingat ketika itu, saya dengan berpakaian uniform kilang tengah makan Maggi goreng telur mata, kelaparan kerja di hari Ahad teruja dengan potensi besar karier baru ini.

Kenapa Saya Memilih Kerjaya Ini?

Kerjaya ini, bukan semata-mata hanya berkisarkan duit sahaja. Malah lebih dari itu. Itu apa yang saya faham melalui apa yang diceritakan pada kali pertama saya berjumpa Norhisyam.

Saya yakin, hari ini kalau anda ingin memilih syarikat anda bekerja untuk memulakan kerjaya, anda akan memikirkan 4 perkara ini, sekurang-kurangnya:

T – time , masa. Adakah ianya fleksibel atau sesuai dengan apa yang anda mahu. Tiada paksaan kerja pada hujung minggu.

I – income , pendapatan. Tak kisah samada daripada gaji bulanan atau bonus tahunan. Jika boleh menampung komitmen anda, itu cukup baik.

P – position , kerjaya itu sendiri. Tanya diri anda, adakah anda mahu berada di takuk yang sama – misalnya, adakah saya mahu menjadi seorang Senior Engineer untuk 10 tahun akan datang?

S – satisfaction , kepuasan. Ini adalah subjektif. Anda kena tanya diri anda, adakah apa yang anda buat, pencapaian yang anda dapat atau layanan daripada syarikat anda bekerja memuaskan anda.

Begitu juga dengan saya, saya melihat 4 potensi yang hampir serupa dalam bisnes ini.

Potensi pendapatan – ada dua sumber pendapatan yang akan dapat diperolehi, iaitu dari komisyen melalui penjualan insurans / takaful Kedua, melalui bonus tahunan – ini adalah perkara yang menarik minat saya paling besar. Hari ini ada sumber pendapatan ketiga – RGB. Retirement Gratituity Benefit – anda akan mendapat wang pencen seperti KWSP.

Potensi kerjaya – anda bukan dilatih untuk menjadi ejen insurans / takaful semata-mata seumur hidup. Anda bakal dilatih menjadi seorang entrepreneur yang mempunyai sifat kepimpinan, seterusnya ada kebolehan membina agensi sendiri.

Potensi bebas masa, contoh melancong ke luar negara – anda akan diberi peluang bercuti tanpa memikirkan hal kerja, di tempat-tempat terbaik di seluruh dunia.

Potensi kepuasan, contoh ganjaran gadget sebagainya – anda berpeluang untuk mendapatkan gadget yang anda selama ini tidak terfikir untuk membelinya.

Apakah halangan dan cabaran saya dalam dunia insurans / takaful?

Ramai yang ingat industri ini adalah senang dan mudah dilakukan. Ya, boleh jadi senang dan mudah jika ada ilmu yang betul dan mentor yang bersedia untuk membimbing anda melakukan yang terbaik – barulah dapat hasil yang memberangsangkan.

Saya mengambil ujian pada bulan 7 2012, dan rasminya menjadi ejen pada bulan Oktober 2012.

Halangan pertama saya adalah bagaimanakah saya mahu bermula. Terus terang saya katakan, saya bermula pada umur 25 tahun. Di mana rata-rata kawan saya baru mula bekerja setahun dua tahun. Tambahan, saya baru pulang ke Malaysia setelah sekian lama merantau – market saya terlalu kecil. Apatah lagi, keluarga saya bukanlah dari golongan yang mampu untuk memiliki insurans / takaful peribadi. Sepatutnya, untuk ejen yang baru bermula, perlulah bermula dari hot market dan warm market . Tapi tidak pada saya.

Nak, tak nak kena mulakan menegur stranger . Saya mulakan di tempat kerja saya.

Halangan besar saya adalah meninggalkan kerjaya jurutera. Di mana ibubapa saya amatlah berat membenarkan saya berada dalam dunia insurans / takaful. Selepas saya 6 bulan bergelar part-time , saya membuat keputusan untuk terus menjadi full-time pada bulan 4 2013. Saya tidak memberitahu kepada ibu saya bahawa saya sudah berhenti, dan hanya beritahu selepas 2 minggu saya sudah bergelar full time .

Apakah strategi utama untuk berjaya dalam kerjaya ini?

Dalam dunia ini ada jatuh bangun. Ada waktu saya bergerak begitu perlahan, ada waktu saya laju melakukan kerja. Saya percaya untuk berjaya perlukan formula tertentu. Saya yakin dan berpegang pada formula ini ;

Formula MESTI

Formula LUCK

Formula 3D

Apakah perubahan hidup saya?

Banyak perubahan yang saya telah alami sepanjang saya berada dalam bidang ini. Bagi saya ini adalah transformasi yang sangat mendadak. Perubahan saya banyak berlaku dari pelbagai aspek – kewangan, kesihatan, sahsiah diri, spiritual, dan pelbagai lagi.

Dulu saya apabila saya masuk ke bidang ini, fokus utama saya adalah kewangan – sudah pasti kewangan saya lebih baik daripada waktu saya bekerja sebagai jurutera. Saya mampu mempunyai rumah, kereta dan simpanan tersendiri.

Segi kesihatan, saya mempunyai masa untuk bersenam di waktu pagi dan hujung minggu, 3 kali seminggu itu pasti. Dulunya, untuk bersenam apabila saya dapat cuti sahaja.

Sebelum ini saya seorang yang pesimis, suka memperlekehkan orang lain. Senang cerita, seorang yang negatif. Tapi bila anda berada dalam bidang perniagaan, tingkahlaku positif; kata-kata, perasaan, pendengaran dan perlakukan perlulah dalam keadaan positif baru lahir hasil dan keputusan yang positif.

Melalui transformasi kehidupan saya yang positif, saya telah mencapai:

Pencapaian 2013

Prudential Wealth Planner 2013

Angpow Prosperity Challenge 2013

Do It, Cash It in 10 Days 2013

Raining Cash June 2013

Star Cruise Qualifier 2013 (Singapore – Phuket – Langkawi Island)

Ipad Mini 3G Contest 2013

Pencapaian 2014

Apple Macbook Air Challenge 2014

Angpow Prosperity Challenge 2014

Fuel Up N Go Challenge 2014 (Maximum)

Gold Rush Coin September 2014

Go Pro Challenge 2014

Prudential Wealth Planner 2014

Star Club Qualifier 2014 – Green Horn Los Angeles

Pencapaian 2015

Konichiwa Osaka Qualifier 2015

Ipad Air Contest 2015

High 4 Beijing Quarter 1 Qualifier 2015

Cash Bonanza September 2015

Ferrari 3-5-8 Challenge (Ferrari Watch) 2015

Go Korea Crazy Week 2015

Prudential Wealth Planner 2015

Pencapaian di dalam Khalifah Group

KG Prudential Wealth Planner 2013

KG Monthly Toppers – Second, January 2014

KG Monthly Toppers – Winner, October 2014

KG Tasik Banding Challenge 2014

KG Prudential Wealth Planner 2014

KG Star Club Achiever Los Angeles 2014

KG F1 Night – Second, August 2015

KG Prudential Wealth Planner 2015

KG Top Quality Business 2015 (Persistency 98.5)

Jemputan Menjadi Speaker Undangan

Impian dan perancangan selepas ini?

Impian utama dan visi saya adalah menjadi seorang Agency Manager. Sebelum itu, misi saya pada tahun 2016 adalah:

Membantu 200 orang dalam memiliki polisi takaful sendiri. Impian saya adalah keluar di suratkhabar.

Mempunyai pendapatan 5 angka secara konsisten.

Bekerjasama dan mempunyai 10 orang potensi ‘leader’ yang bersikap proaktif.

Dari 10 orang ini, 5 daripada mereka adalah berstatus ‘full time’.

Grup pasukan ini mencatatkan jualan 500,00o TPC.

Tema saya pada tahun ini adalah #MassiveActionMassiveResults , iaitu dari segi recruitment pula dalah #FirstEleven iaitu mencipta agensi sendiri dari 11 orang termasuk saya.

Penyesalan selama ini

Saya menyesal kenapa saya tidak meneruskan niat pada tahun 2011 untuk menjadi ejen. Things happen for good reason . Kalau saya teruskan niat pada 2011 mungkin saya tidak bernaung di bawah Khalifah Group. Jalan cerita saya mungkin berbeza kalau saya menjadi ejen pada tahun 2011.

Penyesalan lain, adalah saya hanya memfokuskan pada diri sendiri sahaja – iaitu pencapaian diri sendiri. Saya tidak bersungguh-sungguh mengajak rakan lain untuk turut sama berjaya dalam bidang ini.

Terus terang saya katakan, pasaran 2012 dan pasaran hari ini 2016 adalah sangat berbeza. 2012 adalah waktu, insurans / takaful adalah perkara yang bukan serius dan boleh dibuat main-main atau diperlekehkan. Hari ini, insurans / takaful adalah keperluan utama dalam profil kewangan mereka hari ini.

Nasihat saya, terutama golongan muda

Ada dua nasihat utama saya kepada golongan muda (antara 23 hingga 35 tahun).

Bukalah mata anda, milikilah sekurang-kurangnya sebuah insurans / takaful untuk diri sendiri. Kurangkan kebergantungan hanya pada insurans / takaful syarikat anda bekerja semata-mata.

Kedua, lihatlah bidang insurans / takaful sebagai lubuk anda mengasah bakat bisnes anda dari segi cara menjual, cara mengurus dan cara memperbesarkan bisnes. Risiko memulakan bisnes di insurans / takaful adalah minima berbanding anda melakukan bisnes lain; kedai makan, pusat tuisyen dan lain-lain lagi.

Saya yakin anda seorang yang pandai dan bijak. Keluaran kolej-kolej, atau universiti-universiti yang bagus. Seorang yang pandai bijak, apabila diberi satu idea, tidak akan tolak secara mentah-mentah. Tapi sudi mendengar dan menilai adakah itu baik untuk diri anda, atau sebaliknya.

Dalam dunia ini ada 3 golongan berbeza; berada di bawah minda kurang dari kebiasaan. Kedua, minda biasa-biasa. Hanya ikut apa yang disarankan dan dilakukan oleh kebanyakan. Ketiga, adalah insan yang luar biasa. Buat lebih dari apa yang biasa orang lakukan.

Sebab itu hasil mereka luar biasa!

Saya yakin anda yang sedang membaca adalah insan luar biasa!

‘MassiveActionMassiveResults’

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Nama saya Adib Yazid. Berpengalaman tiga tahun dalam industri Insurans/Takaful bersama Khalifah Group. Kepakaran saya membantu golongan muda hari ini merancang pelan kewangan Insurans/Takaful yang tepat, efisien dan ‘simple’ supaya lebih konfiden 200% mencapai impian bebas kewangan, mendapat tidur yang selesa tanpa memikirkan segala hutang piutang dan seterusnya santai-santai tanpa sedar menjadi jutawan sebelum usia 40 tahun.

Masalah hari ini, terlalu banyak pelan perancangan kewangan Insurans/Takaful di pasaran menyebabkan kecelaruan akan dan minda dalam membuat keputusan yang tepat. Ini boleh mendorong perasaan ketidak-yakian langsung (zero-confindence). Secara tidak langsung membantutkan tindakan, atau langsung tidak ada apa-apa tindakan menyebabkan golongan muda begini menjadi golongan gelandangan kota pada usia tua yang sentiasa meraih dan menagih subsidi atau bantuan dari masyarakat tanpa rasa segan.

Insha Allah dengan kepakaran saya, sedikit-sebanyak membantu menambah nilai hidup golongan muda di luar sana mencapai sasaran ‘bebas kewangan’ pada usia muda lagi. Amin YRA.

Affirmation

Personal Declaration & Affirmation – Muat Turun

Leader Without Title (LWT) – Muat Turun

Contoh SIEP Focal Point (Jadual Harian) – Muat Turun

Seven Fundamental of Personal Leadership – Muat Turun

Bacaan Tambahan

Dale Carnegie : How to Win Friends & Influence People – Baca

Dale Carnegie : How to Stop Worrying & Start Living – Baca

Leadership Lesson – Quite Leadership by Carlo Ancellotti – Baca

Leadership Lesson – Mourinho – Baca

Leadership Lesson – Leader Eat Last – Baca

Leadership Lesson – Turn the Ship Around! – Baca

Leadership Lesson – 80 20 Principle – Baca

Leadership Lesson – Tribes – Baca

Twitter

Facebook

hisyam January 3, 2016 at 8:43 am · · Reply → very nice sharing , saya mendoakan semoga AdibYazid sentiasa tabah dan cekal untuk mencapai kejayaan yang anda design sendiri ni. Semoga di permudahkan olehNYA. Like Like

very nice sharing , saya mendoakan semoga AdibYazid sentiasa tabah dan cekal untuk mencapai kejayaan yang anda design sendiri ni. Semoga di permudahkan olehNYA.

Like Like

Pingback: Johan Setia & Korea – Usahawan Berjaya – Versi 7.05 | JR Seven & Associates ·

Mohammad November 1, 2016 at 7:35 am · · Reply → Nak jadi agent Like Like Adib Yazid November 7, 2016 at 5:31 am · · Reply → Boleh Whatsapp/Call saya, 019 3660319 Like Like

Nak jadi agent

Adib Yazid November 7, 2016 at 5:31 am · · Reply → Boleh Whatsapp/Call saya, 019 3660319 Like Like

Boleh Whatsapp/Call saya, 019 3660319

Hidayat Sabri July 12, 2019 at 2:21 am · · Reply → Asslamualaikum tuan, saya Hidayat, fresh graduate dalam bidang islamic finance and banking, dan saya juga dah ada IFP title. saya nak jadi FAR/FPR tapi bagi saya, saya tak nampak jalan untuk ke destinasi tu. mohon cadangan tuan dimana patut saya bermula? Like Like Adib Yazid July 19, 2019 at 1:58 am · · Reply → Waalaikumsalam tuan Hidayat. Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Boleh hubungi saya (whatsapp) di no 0193660319 Like Like

Asslamualaikum tuan, saya Hidayat, fresh graduate dalam bidang islamic finance and banking, dan saya juga dah ada IFP title. saya nak jadi FAR/FPR tapi bagi saya, saya tak nampak jalan untuk ke destinasi tu. mohon cadangan tuan dimana patut saya bermula?

Adib Yazid July 19, 2019 at 1:58 am · · Reply → Waalaikumsalam tuan Hidayat. Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Boleh hubungi saya (whatsapp) di no 0193660319 Like Like

Waalaikumsalam tuan Hidayat.

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Boleh hubungi saya (whatsapp) di no 0193660319

Fill in your details below or click an icon to log in:

You are commenting using your WordPress.com account. ( Log Out / Change )

You are commenting using your Twitter account. ( Log Out / Change )

You are commenting using your Facebook account. ( Log Out / Change )

Connecting to %s

Notify me of new comments via email.

Notify me of new posts via email.

Facebook Page – Adib Yazid

May 2019

March 2019

November 2018

October 2018

August 2018

July 2018

June 2018

May 2018

April 2018

March 2018

February 2018

December 2017

November 2017

October 2017

September 2017

August 2017

July 2017

June 2017

May 2017

April 2017

March 2017

February 2017

December 2016

October 2016

September 2016

August 2016

July 2016

June 2016

May 2016

April 2016

March 2016

February 2016

January 2016

December 2015

November 2015

October 2015

September 2015

August 2015

July 2015

June 2015

May 2015

April 2015

Pelaburan Untuk ‘Newbie’ – Apa Yang Terbaik?

Beza Usahawan Cina & Usahawan Melayu? Adakah ini benar?

Perubahan Dalam Industri? Apakah Yang Akan Berlaku Dalam Industri Kewangan?

Perubahan Dalam Industri Kewangan di Malaysia

[Soalan] Prospek Karier Financial Planner

Laman web ini dihasilkan oleh Adib Yazid sebagai Perancang Kewangan bertauliah mewakili Phillip Capital Management, Phillip Wealth Planner dan Phillip Mutual Berhad.

Ini mengandungi pandangan dan pendapat peribadi. Laman web ini adalah untuk pengetahuan umum sahaja dan tidak mewakili komunikasi rasmi daripada mana-mana syarikat.

We do not offer investment advice or make recommendations regarding investments and nothing on this website should be construed as investment.

The information on this web site is for informative purposes only. Under no circumstances is the information to be used or considered to as an offer to sell, or a solicitation of an offer to buy, any security. Additional information is available upon request. Where information has been obtained from outside sources, it is believed to be reliable but is not represented to be accurate or complete. Past performance is not necessarily a guide to the future.

The value of an investment and any income from it can go down as well as up and you may not get back the amount originally invested.

Dapatkan info terkini mengenai info insurans & takaful, dan tips-tips berguna dalam pengurusan kewangan peribadi. Masukkan email anda.

Join 205 other followers

Email Address:

Follow

Agensi Bumiputera

Agensi Melayu

Agensi Takaful

Amanah Saham

Anak Bijak Wang

Bantahan Jualan

Bisnes

Build Your Business

Buku 7 Langkah

Cukai

Diari Ejen

Ejen Insurans

Ejen Takaful

FAR

FPR

Insurans & Takaful

Islamic Financial Planner

Kad Medikal

Kartun Insurans & Takaful

Kehidupan

Kerjaya

Kesihatan

Kewangan

Khalifah Group

Marathon

Motivasi

NLP

PCDR

Pelan Cadangan

Pelan Ibu Mengandung

Pelan Pendidikan

Pelan Perlindungan Haji & Umrah

Penasihat Kewangan

Persaraan

Persistensi

Personaliti

Pinjaman

Private Managed Account

Private Retirement Schemes

Pru Lady

PruBSN Platinum

Sesi One On One

Sistem Referral

Takaful

The Seven Step

Tip & Trik

Tips4Ejen

Tuntutan

Uncategorized

Unit Amanah

Urus Masa

Follow Following Adib Yazid Join 205 other followers Sign me up Already have a WordPress.com account? Log in now.

Already have a WordPress.com account? Log in now.

Adib Yazid Customize Follow Following Sign up Log in Copy shortlink Report this content View post in Reader Manage subscriptions Collapse this bar

Customize

Follow Following

Sign up

Log in

Copy shortlink

Report this content

View post in Reader

Manage subscriptions

Collapse this bar