Takaful Untuk Simpanan – OK ke TAK?

 

 

TAKAFUL UNTUK SIMPANAN OK TAK?

Awas, Status panjang. SHARE jika bermanfaat

Assalamualaikum semua.

Sekarang viral mengenai  ‘Simpanan’ Takaful yang digembar gemburkan oleh sahabat takaful kita.

Benarkah apa yang dikatakan itu? Kenapa?

Pernah tidak seorang ejen belek ringkasan ‘projected savings’ dan menjanjikan ribu raban?

Dari segi teorinya dan ‘by book’ memang itu kita akan dapat. Cuma, dunia tak selalunya indah. There is no guaranteed return in investment kecuali skim sontot. Mari kupas satu per satu.

Sebelum kita beralih kepada jenis takaful, ada dua jenis (setakat pengetahuan saya) yang ada dalam industri bisnes takaful. Investment Link (takaful berkaitan pelaburan) dan Stand-Alone (tradisional dalam bahasa teknikal). Oleh kerana saya tergolong dalam naungan ‘Takaful sum covered puluh ribu’, saya akan ceritakan apa yang saya faham mengenai takaful yang saya wakilkan dan miliki yang tercinta ini,iaitu jenis Investment Link (Pelan Takafulink).

Andaikata kita mencarum ke dalam takaful sebanyak RM210 sebulan dan menyimpan di bank RM210 sebulan, mana lebih baik?

Mungkin anda pernah dengar salah satu ejen berceritakan perkara tersebut bukan?

Secara kasarnya dari segi menyimpan:

 

#1. Menyimpan dalam bank (abaikan pulangan / dividen bank):

Setahun,  RM210 sebulan  X  12 bulan = RM 2,520.00

Selama 10 tahun, RM25,200.00

Selama 20 tahun, RM50,400.00

 

Adib Yazid - Cash Value Takaful 01.jpg

 

#2. Menyimpan dalam takaful (100% di Protection Unit Account – PUA)

Setahun, baru sahaja RM32.00 – lihat Y% setahun iaitu 9%

Selama 10 tahun, RM10,787.00

Selama 20 tahun, RM34,850.00

 

Jadi? Mana lagi untung sebenarnya? Simpan di bank atau di takaful? Semestinya dalam bank, bukan? (Sebab duit tak hilang / tak kurang). Ini konsep mudah untuk simpan duit. Jadi, kenapa masih banyak orang cakap – ‘saya mahu takaful yang ada saving!’

“Pergh! Pasal apa kurang sangat ‘savings’ saya ni? Saya nak ‘terminate’ la!’

Ini yang akan berlaku bila anda tahu bahawa ‘savings’ atau simpanan anda sangat-sangat sikit. Normal.

Jangan terminate! Jangan terminate! Jangan terminate!

Rugi! Rugi! Rugi!

Sebab apa? Sebab anda sudah ada kad medikal yang sudah disaring tahap kesihatan oleh pengauderitan (underwriter). Underwriter garang dan jahat, mari saya terangkan kepada anda satu persatu.

Kalau anda lihat gambar 1, caj-caj yang dikenakan ada banyak (sangat banyak) untuk takaful. Baru lihat satu gambar sahaja, sudah ada EMPAT potongan yang dikenakan kepada peserta takaful iaitu:

 

#1. Caj Wakalah Pendahuluan (berbeza ikut sijil / pelan)

Ada dua akaun dalam satu pelan, akaun PUA (protection unit account) yang berfungsi untuk memberi perlindungan kepada anda (kad medikal, pampasan kemalangan, pampasan kematian dan lain-lain). Manakala, akaun IUA (investment unit account) berfungsi untuk pelaburan di dana-dana tertentu – fahamkan ini dulu.

Untuk caj wakalah pendahuluan bagi PUA adalah:

  • Tahun pertama : 60% daripada caruman tahunan.
  • Tahun kedua : 60% daripada caruman tahunan.
  • Tahun ketiga : 50% daripada caruman tahunan.
  • Tahun keempat : 30% daripada caruman tahunan.
  • Tahun kelima : 20% daripada caruman tahunan.
  • Tahun keenam : 20% daripada caruman tahunan.
  • Tahun ketujuh dan seterusnya : 0% daripada caruman tahunan.

Adib Yazid - Cash Value Takaful 02.jpg

Akaun IUA juga ada caj, iaitu sebanyak 5% daripada caruman tahunan.

 

#2. Caj Tabarru

Ingat, ini adalah takaful. Ia adalah konsep melindungi antara satu sama lain.

Setiap apa yang kita mencarum harus disimpan ke dalam tabung. Tabarru ini terpulang daripada peratusan kemasukkan tabarru untuk rider-rider (manfaat-manfaat) yang kita mahukan daripada sijil atau pelan takaful anda. Boleh rujuk dalam sijil untuk unjuran caj tabarru untuk manfaat yang anda ada.

 

 

 

#3. Caj-caj lain (Caj perkhidmatan)

Kadar tetap, iaitu RM60 setahun untuk sesiap yang mencarum menggunakan kad kredit atau kad debit. Manakala, caj RM72 untuk mencarum menggunakan wang tunai.

 

#4. Caj pengurusan aset

Oleh sebab ini ‘investment linked’, maka ini bermain dengan konsep pelaburan dalam takaful juga. Pernah dengan dana Bon, dana Ekuiti, dana Ekuiti Dinasti, dan Urus?

Anda kena faham terma pelaburan yang harus faham. Setiap dana ada caj yang perlu anda tahu.

Adib Yazid - Cash Value Takaful 03.jpg

Jadi, rumusannya;

  • Nilai tunai (saving) tanpa keuntungan pelaburan : (sumbangan diperuntukkan tolak jumlah tabarru tolak caj perkhidmatan)
  • Nilai tunai (saving) dengan keuntungan pelaburan : nilai tunai (saving) tanpa keuntungan pelaburan tambah peratusan kenaikan nilai unit.
  • Nilai tunai (saving) bersih : nilai tunai (saving) dengan keuntungan pelaburan tolak peratusan caj pengurusan aset

Cuba kita kirakan untuk tahun pertama dalam gambar 1;

  • Nilai tunai (saving) tanpa keuntungan pelaburan : RM1,008.00 – RM918.00 – RM60 adalah RM30.00
  • Andaikata saya sambil dana Ekuiti 100% dengan kenaikan nilai unit sebanyak 9 peratus : RM30.00 + (RM30.00 X 0.09) adalah RM32.70 (Ingat, pelaburan tidak pernah dijamin melainkan pelaburan tersontot)
  • Jangan lupa ada kos pengurusan aset. Dana Ekuiti adalah 1.5%. Jadi;
  • Nilai tunai (saving) bersih untuk tahun pertama : RM32.70 – (RM32.70 X 0.015) adalah RM32. (anggapan ambil nilai besar, 20 sen nak berkira?)

Maaf, tahun pertama RM32.00 sahaja.

Cuba buat dalam spreadsheet dan tengok hasilnya. Semakin banyak nilai tunai, semakin besar caj yang dikenakan!

JADI? KALAU RUGI KENAPA COMPANY AGUNG-AGUNGKAN TERMA SAVINGS?

Pernah tak ejen ada cakap begini;

“ Bang, kalau abang lupa bayar saya akan tolak daripada saving abang, boleh?”

…dan anda mengangguk.

Haa! Itulah salah satu sebenarnya fungsi ‘saving’ tersebut!

Supaya jika anda terlupa bayar pada bulan tersebut anda masih boleh menikmati faedah kad medikal (jangan lama tak bayar dan boleh lapse). Jadi, pelan takaful anda ada sandaran pada Nilai Tunai (cash value).

Atau, sekurang-kurangna adalah tempat untuk anda ‘cekau’ duit di takaful, jika ada lebihan untuk beli kereta baru, bayar muka (downpayment) rumah. Boleh jadi, kalau mahu beli ‘sport rim’ kereta – contoh.

Terpulang kepada anda bagaimana mahu menggunakan duit lebihan nilai tunai takaful tersebut. Sebaik-baiknya guna pada jalan yang baik, seperti umrah atau haji.

.Selain itu, dalam simpanan takaful ada rider yang tertulis ‘Contributor’, ‘Parent Contributor’ dan ‘Spouse Contributor’. Jika rider ni dimasukkan ke dalam pelan dan terjadi 36 jenis penyakit kritikal, kematian atau lumpuh kekal (TPD) keatas diri, pasangan atau ibu/bapa bawah tanggungan – ‘simpanan’ anda akan waive sehingga tamat pelan atau maturiti.

Ibarat ada orang lain carumkan takaful dan simpanan untuk anda secara sukarela.

Cuma rider ini ada kos diperlukan.

Kesimpulannya?

Tumpukan pada;

  • Pampasan yang setimpal atau lebih besar.
  • Nilai kad medikal – limit tahunan yang tinggi.
  • Ikut keperluan, kesesuaian dan berpatutan.
  • Simpanan / saving? Tidak perlu tumpukan sangat. Syukur kalau ada, kalau tidak ada tidak mengapa.

Tulisan asal : Faisal Irshad Harun

2 Comments

  1. lalala says:

    andai saya seorang pelajar yg mempunyai utk bayar ptptn wajar kah saya teruskan untuk teruskan insurans ini?

    Like

    1. Adib Yazid says:

      Perlu lihat keseluruhan kedudukan kewangan

      Like

Leave a Comment