Insurans Umpama Sekeping Papan Plywood

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Sepanjang karier saya bersama Prudential, ada beberapa perkara lucu berlaku bila bersama dengan bakal klien atau prospek. Mana tidaknya, bila diminta buat ‘presentation’ di depan prospek mengenai insurans, saya kebiasaan meminta prospek untuk melukis. Ya, melukis. Aneh bukan?

Saya faham begini.

Minda kita difahami dengan gambar. Segalanya. Misalnya, kalau kita sebut A-Y-A-M, minda kita tidak lihat gambar tulisan AYAM tapi ada gambaran mengenai seekor ayam. Mungkin sedang bertenggek di tembok, atau sedang berkokok! Terpulang kepada individu masing-masing bagaimana mereke berimiginasi tentang ayam. Jangan ayam lain sudah (faham ke maksud saya?).

Saya meminta prospek melukis sesuatu mengenai Insurans.

Saya jamin, 95 peratus tidak melukis. Tapi menulis. Mereka tulis KEMALANGAN, KEMATIAN, HOSPITAL, PAMPASAN dan sebagainya. Lebih teruk ada yang melabel Insurans bersamaan dengan DUIT. Golongan 5 peratus yang melukis, mereka melukis gambar orang lidi dilanggar kereta. Sebab itu saya rasa kelakar.

Apa yang saya faham mengenai Insurans? Begini…


Ini adalah papan plywood – papan tanggungjawab kita. Kita di bawah menanggung beban kewangan untuk memberikan yang terbaik pada keluarga kita, atau kepada sesiapa yang memerlukan kita. Hidup kita terdedah dengan risiko – insurans adalah alat/instrumen di mana memindahkan risiko pada diri kita ke dalam bentuk lain.
Itulah insurans! Pemindahan risiko!

Saya tanya anda semula, kalau sebut insurans, apa yang ada dalam minda anda?

Jangan jawab, lukis.

Memberi untuk menerima.

Love.

Adib Yazid

Advertisements

One response to “Insurans Umpama Sekeping Papan Plywood

  1. Pingback: Insurans Alat Pengurusan Risiko: Konsep Pemindahan Risiko. | Adib Yazid·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s