Apa Yang Dilihat Sebelum Berbuka Adalah Sedap.

Assalamualaikum dan selamat pagi. Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk hidup lagi hari ini, masih merasa nikmat Ramadhan.

Saya merindui berpuasa di Korea. Di mana keadaan berpuasa di sana saya akui, agak mencabar tapi penuh kesederhanaan. Kenapa saya sebut sederhana? Sebab tiada bazar Ramadhan untuk pergi, jadi hidangan berbuka itu memang ikut keperluan. Dua ketul tamar dan sekotak susu kadangkala sudah memadai!

Saya pernah berpuasa di medan peperiksaan pertengahan semester, curi-curi berbuka di dalam kelas malam. Tiada bubur lambok, tiada karipap, kuih tikam-tikam, cucuk-cucuk semua itu. Tiada. Mee segera Maggi pun boleh jadi lauk berbuka paling terbaik!

Kenapa saya hendak bercerita tentang keadaan 5 tahun lalu. Bangga dapat semua itu?

Tidak. Sebab saya menilai makanan yang boleh diperolehi. Beberapa hari ini, saya gagahkan diri ke bazaar – ingin melihat perubahan apa bazaar selepas beberapa tahun saya tidak jejak. Saya akui, hari ini terlalu banyak juadah pelik-pelik di bazaar. Adakalanya, saya tanya penjual apa nama makanan ini.

Paling saya tidak lupa adalah – Air Mak Kau Hijau. ‘Mak Kau Hijau’ adalah datang dari video viral mengenai budak sama-sama mengutuk ‘mak kau hijau’. Dari segi marketing, saya katakan ianya sangat berkesan.

Kalau anda duduk di hujung bazaar, lebih-lebih lagi tempat keluar anda akan dapat lihat berbondong-bondong beg plastik dipikul. Pelbagai jenis makanan hendak ditapau. Saya tak kisah berapa banyak anda hendak makan, cuma saya tertanya bila anda hendak makan. Setiap malam, saya sebenarnya mencari ruang untuk makan makanan yang banyak (kadangkala di rumah sendiri pun, ada banyak makanan tak terusik).

Berbuka, itupun tak boleh kenyang sangat, sebab kena solat. Solat berada dalam keadaan kenyang, bagi saya adalah sukar. Malam pukul 10, saya banyakkan minum air dan biskut-biskut. Sahur pula, saya ikut disiplin yang dianjurkan oleh Kevin Zahri, segenggam nasi.

Jadi makanan yang banyak dibeli tadi? Semuanya akan ke tong sampah.

Bila masuk ke tong sampah, umpama rezeki yang diberi ditolak semula. Saya merasakan perbuatan itu sangat sombong dengan sang Pencipta. Adalah lebih baik, ambil sedikit dari limpahan rezeki Allah diberi pilihan makanan yang banyak dan bersyukur atas nikmat sedikit itu.

Saya bukan kata saya sangat baik, cuma saya cuba melatih diri untuk tidak membazir di bulan Ramadhan ini.

Selamat berpuasa semua.

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s