Anda Tak Tahu Potensi Kerjaya sebagai Ejen Insurans / Takaful? Ini mungkin membuka mata anda.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ada EMPAT potensi bila anda memulakan kerjaya sebagai ejen Insurans / Takaful.

  • Potensi PENDAPATAN (income)
  • Potensi BONUS
  • Potensi INSENTIF (pelancongan dan gadget)
  • Potensi KERJAYA

Sebelum ini saya sudah kongsikan bagaimana anda boleh lihat potensi pendapatan ( sila ke sini: Potensi Pendapatan ) dan potensi bonus ( sila ke sini: Potensi Bonus )

Adib Yazid - Susah Tak Buat Insurans

Bila anda sudah membuat keputusan untuk menjadi ejen (atau nama lain yang lebih glamour: Perunding Kewangan. Saya suka dengan ‘ejen’), anda sebenarnya sudah membuat keputusan untuk menjadi seorang usahawan. Anda mempunyai sebuah bisnes.

Bila berbicara soal bisnes, ini manfaat anda perolehi:

  • Masa anda fleksibel. Urus diri sendiri, tapi jangan sampai terbabas.
  • Tiada tekanan dari majikan yang menggaji anda, sebab anda bayar gaji diri sendiri.
  • Bisnes anda boleh diwarisi, berbanding kerja sekarang – tiada sambungan legasi.

Anda mungkin risau tentang pasaran insurans / takaful. “Ramai dah kawan aku jadi ejen. Boleh ke aku buat?”.

Senang sahaja. Anda lihat pasaran lampin bayi ataupun lampin wanita. Pasaran ini adalah paling kecil. Sebab apa saya katakan kecil? Sebabnya, ianya hanya untuk bayi! Setiap tahun, lebih kurang 300,000 setiap tahun. Pernah anda lihat, iklan di TV mengenai lampin bayi?

Kadar Bayi Malaysia 2015 Adib Yazid

Kalau satu produk berani diiklankan di TV, bermaksud permintaan mengenai lampin bayi sangat tinggi.

Apa yang saya hendak sampaikan adalah, kalau pasaran yang kecil pun ada pelanggan ye, apatah lagi insurans / takaful. Anda tidak perlu menjual insurans / takaful sebanyak 300,000 POLISI! Anda hanya perlu menjual hanya 100 polisi setahun. Ikut kiraan, 100 polisi dari 300,000 hanyalah 0.03% sahaja!

Saya tidak minta anda menjual polisi sehingga hujung nyawa (forever agent). Sekadar 3 hingga 5 tahun sahaja. Sebab anda berpeluang membina legasi sendiri.

Menaiki Tangga dan Menaiki Lif

Saya dipesan oleh mentor kejayaan saya, Norhisyam Abu Hasan. Anda boleh selama-lamanya menjadi ejen. Laluan ejen umpama menaiki tangga. Anda boleh berjaya juga sebagai ejen. Tapi cara pantas untuk mencapai kejayaan adalah menjadi ‘manager’.

Sudah pasti, anda kena bertatih menjadi ejen.

Anda akan bermula sebagai QA (quality agent), anda kena melalui latihan-latihan yang disediakan secara formal  (oleh Prudential) ataupun informal (oleh agensi sendiri). Anda perlu menjadi seorang Wealth Planner, sekurang-kurangnya 2 tahun. Selepas itu, anda akan berpeluang menjadi seorang ‘manager’ kepada unit anda cipta sendiri – unit manager.

Ini laluan yang bakal anda lalui:

Kerjaya Prudential Adib Yazid

Setiap tahap mempunyai kelebihan sendiri. Seberapa pantas anda hendak berada di puncak, semua itu adalah usaha anda sendiri. Saya akan terperincikan apa kelebihan Unit Manager & Agency Manager.

Insha Allah.

Tanya diri sendiri, adakah kerjaya sekarang memberi kepuasan kepada diri sendiri?

Memberi untuk menerima.

Leave a Comment