Diari Ejen – Perlumbaan TIkus, Arnab dan Kura-Kura.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Cuaca sejak kebelakangan hari ini, di kala pagi cerah dan akan gelap menjelang petang. Kadangkala hujan lebat dan ribut petir. Saban hari kita laluinya. Anda sedang berada dalam kereta, OK lah. Tidak kena hujan cuma rasa tertekan dengan kesesakan lalu lintas. Sepatutnya boleh sampai rumah dalam masa 30 minit, ini boleh jadi sampai 2 jam!

Motor, macam saya seorang penunggang lagi lah kesian. Hujan kenalah ‘bersadai’ diri bawah jambatan, di perhentian bas ataupun duduk melangut kat mamak sampai hujan berhenti. Senang cerita, setiap satu ada pro dan kontra ye.

Melalui Jalan Yang Sama Hampir Setiap Hari

Saya pernah melalui kehidupan konstan selama dua tahun. Kehidupan yang saya maksudkan kehidupan ‘makan gaji’ di kilang Jepun. Saya mempunyai laluan perjalanan yang sama, bergerak pada waktu yang sama. Saya akan bangun pada pukul 6 pagi, bersiap ke kerja dan memastikan keluar dari rumah pada pukul 6.45. Kalau lebih alamat saya akan lambat tag nama saya. Lambat tag, dikira lambat saya datang kerja.

Saya akan rehat pada pukul 9.30, makan tengahari pada pukul 12.30, rehat petang pada pukul 2.30 dan pulang ke rumah pada pukul 5 (selalu lebih dari itu). Laluan perjalanan saya pun sama setiap hari. Lalu tol yang sama, lalu jalan yang sama. Sehinggalah satu hari, hati saya berkata – “Sampai bila nak jadi macam ini? Sampai bila?”.

Orang di tempat kerja saya ketika itu, ianya hanyalah jiwa muda memberontak. Mahukan variasi dalam kehidupan, kononnya. Saya redakan semula untuk berubah dari keadaan sedia ada. Sebabkan itu, saya bertahan sehingga dua tahun!

The Rat Race

Perlumbaan Tikus, Arnab dan Kura-Kura

(Anda tak akan FAHAM apa saya tulis)

The Rat Race – diibaratkan melalui kehidupan yang sama hampir setiap hari. Pagi bersesak ke tempat kerja, dan pulang di petang hari. Hari ini ‘the rat race’ lebih mencabar sebenarnya.

Kerja lebih masa, dengan pulangan tidak setimpal. Overtime tidak / lambat dibayar. Habis masa di jalan berbanding bersama keluarga. Ini adalah definisi rat race hari ini. Kitaran ini menjadikan saya tidak gembira, tidak produktiviti (saya bercakap diri saya). Mungkin diri sendiri berkata, “Ini bukan standard saya!”

Saya keluar dari ‘the rat race’ dan masuk ke perlumbaan baru ‘the rabbit and the turtle’. Perlumbaan ini lebih berobjektif – ada garisan penamat, ada matlamat. Cuma saya perlu memilih untuk menjadi arnab ataupun kura-kura.

Kalau saya menjadi arnab, saya akan bersungguh di awal perlumbaan. Bila saya rasa selesa dengan ‘kejayaan’ sedikit, saya akan alpa dan ‘tidur’. Bila bangun, mungkin saya dah terlambat untuk capai impian saya.

Andaikata saya menjadi kura-kura pula…

Setiap hari saya konsisten bergerak. Biarpun lambat, saya ada proses ke arah matlamat saya. Halangan pasti ada, ada batu ada cerun dan ada dakian.
Bila saya fikir, ada bagusnya saya menjadi kura-kura! Sebab dalam perlumbaan arnab dan kura-kura, anda tahu siapa yang menang!

Rata-rata, dalam ekonomi mencabar hari ini ada yang berusaha untuk keluar dari perlumbaan tikus yang memenatkan. Saya doakan anda berjaya. Jangan risau untuk menjadi kura-kura, biar lambat tapi setiap hari ada proses ke arah mencapai matlamat.

Jadi arnab yang tak tidur pun boleh, kan lagi cepat nak capat matlamat?

Insha Allah.

Adib Yazid

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s