SATU Perkara Anda Kena Fikir Selepas 14 Hari Anak Lahir.

Assalamulaikum dan selamat sejahtera.

Sebagai seorang ibu bapa, eksited dapat anak apatah lagi pertama kali kelahiran anak. Perkara biasa; lampin, baju, keadaan sekeliling anak – sudah pasti itu akan dititik beratkan. 

Pernah terfikir SATU PERKARA paling penting (atau sangat penting bagi siapa yang tahu) selepas 14 hari kelahiran anak?

Jawapannya: Mulakan pelan Insurans / Takaful Kad Perubatan buat bayi seawal usia 14 hari kelahirannya.

Mengapa pula?

Anak yang baru lahir mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk terkena sebarang jenis penyakit. Penyakit seperti demam, batuk dan selsema sehingga menyebabkan keadaan lebih teruk – Bronchitis dan Pneumonia dan (lebih teruk lagi) sehingga menghidap penyakit asma (Asthma).

Ada ibu bapa kata, “Tunggu besar sikitlah baru nak apply, boleh?”

Boleh. Tapi anda kena faham risiko.

Sekiranya bayi atau anak kecil yang telah dimasukkan ke hospital (kerajaan atau swasta sekalipun) akibat penyakit-penyakit tadi yang disebutkan, dan anda baru sahaja terfikir untuk menyediakan kad perubatan untuk anak kecil; KEMUNGKINAN permohonan kad perubatan akan DIKECUALIKAN untuk penyakit yang pernah dimasukkan ke hospital.

Sebagai ibu bapa, tidak mahu perkara seperti ini berlaku. Oleh itu, segeralah membuat keputusan menyegerakan tindakan memohon kad perubatan untuk anak kecil.

Anda sebagai seorang dewasa, mampu menahan sakit beratur panjang berjam-jam untuk dapatkan rawatan dengan harga yang murah. Adakah anak anda mampu?
Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s