Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Seminit adalah lebih baik dari sesaat. Sehari lebih dari sejam, dan berikutnya.
Jadi, maksud saya di sini – sentiasa ada ruang untuk perubahan. Perlu ingat, ini adalah ‘peta’ untuk ubah cara mengurus kewangan sendiri. Ini ada pelan 14 hari, untuk perbaiki kewangan anda dengan dahsyat.
Hari Pertama: Analisa pendapatan dan perbelanjaan. Kenalpasti mana satu pendapatan dan perbelanjaan.
Hari Kedua: Pilih cara atau sistem untuk rekodkan perbelanjaan.
Hari Ketiga: Lihat kesemua hutang-hutang yang sedia ada, dan tambahkan semua.
Hari Keempat: Buat bajet diri sendiri – berapa nak simpan, berapa nak belanja.
Hari Kelima: Buat keputusan, untuk apa anda menyimpan, sebab nak melancong? Pergi haji/umrah?
Hari Keenam: Cari ruang yang boleh untuk kurangkan perbelanjaan, memberi ruang menyimpan.
Hari Ketujuh: Jadi cara anda menyimpan itu secara automatik (banyak bank menawarkan khidmat ini)
Hari Kelapan: Fikirkan jalan untuk menambah bahagian pendapatan; contoh kerja separuh masa atau lebih masa.
Hari Kesembilan: Lihat semula apa-apa pelaburan yang telah anda lakukan sebelum ini (jika ada).
Hari Kesepuluh: Analisa kewangan anda; nisbah hutang ke pendapatan, nisbah aset dan liabiliti. Okay ke KO?
Hari Kesebelas: Lihat tempat anda menyimpan (bank terutamanya), kad kredit yang anda pakai – perhatikan berapa peratus interest, peratus dividen.
Hari Kedua Belas: Susun semua dokumen berkaitan kewangan anda – buku akaun simpanan, semasa, pelaburan, polisi-polisi insurans / takaful, surat-surat perjanjian. Kalau boleh, susun sekali dengan ‘password’.
Hari Ketiga Belas: Berdasarkan analisa kewangan anda pada hari kesepuluh – tambahkan beberapa keperluan untuk diinsuranskan dan ditakafulkan.
Hari Keempat Belas: Apa yang anda sudah rangkakan dan mahukan dari perancangan kewangan, letakkan di kalendar. Jangan lupa, dotkan bila hendak bayar hutang dan bila hendak menyimpan.
Cubalah untuk 14 hari mendatang.
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid