Meningkatkan Produktiviti: Cara Membuat ‘To-Do-List’ Yang Efektif

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Saban hari, kalau asyik menerima kerja sahaja menyebabkan kita rasa semak. Menyebabkan rasa tertekan dengan perasaan banyak kerja perlu diselesaikan. Sebagai ejen, kerja-kerja seperti:

  • Berjumpa klien.
  • Menyiapkan ‘paperwork’ – contoh kertas ‘proposal’.
  • Menghadiri kelas / seminar.
  • Menyiapkan borang permohonan untuk dihantar.
  • Dan lain-lain… (senaraikan)

Senang cerita kerja kita akan jadi banyak! Adakah kita akan jadi stress? Ya, sudah pasti.

To-do-list, adalah alat yang efektif untuk membantu menyelesaikan kerja yang banyak. Kalau guna secara efektif, kita mampu fokus pada masa dan energi kita pada aktiviti ‘hijau’ (aktiviti yang bermanfaat), di mana produktiviti hidup anda lebih tinggi dan teratur.

3 CARA untuk guna To-Do-List secara efektif.

#1. Ringkaskan.

Jangan tulis benda yang merepek dalam To-Do-List, hanya tulis beberapa perkataan penting. Kalau dua perkataan sudah memadai. Tulis samada ‘urgent’ atau tidak. Atau lebih baik, tuliskan kerja yang perlu diselesaikan secepat mungkin.

#2. Siapkan To-Do-List, malam sebelum tidur.

Untuk lebih terfokus dan tersusun minda kita sebaik bangun tidur, hendaklah kita tidur dengan minda yang ‘clear’ dari tugasan yang hendak dibuat esok pagi. Ini melatih minda kita, lebih tersusun apabila bangun dari tidur keesokkannya.

#3. Mulakan Awal, untuk lebih fokus.

Mulakan hari anda seawal mungkin. Bersenam ringan, dapatkan secawan kopi dan bila sudah siap semua lihat To-Do-List anda, mulakan apa yang anda sudah tulis. Siapkan kerja yang besar, yang sangat penting dahulu sebelum berganjak ke tugasan seterusnya. Kita akan mudah terganggu dengan manusia sekeliling dan teknologi, tapi apabila kita sudah meletakkan sempadan kita akan bekerja mengikut keutamaan.

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s