SIEP Learning – Awareness Before Change

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Macam mana nak kekal konsisten energi? Ianya bukan hanya berkaitan dengan minda sahaja, tapi keseluruhan iaitu Spiritual, Intelligence, Emotional dan Physical.

  1. Spiritual Strong
  2. Intelligence Wise
  3. Emotional Stable
  4. Physical Fit

 

Untuk sentiasa mempunyai energi yang tinggi dan berterusan – pertama sekali, anda kenalah jaga hubungan anda dengan tuhan yakni Allah SWT. Dalam apa jua bisnes anda ceburi, anda berkomunikasi dengan manusia lain. Jadi, jagalah hubungan dengan si Pencipta barulah dapat hubungan yang baik sesama manusia.

Seorang yang berenergi tinggi adalah seorang yang mempunyai ilmu. Suka belajar sesuatu melalui pembacaan dan mendengar. Juga rajin menghadiri majlis ilmu supaya sentiasa ‘upgrade’ diri dengan ilmu-ilmu baru.

Menjaga emosi juga adalah sangat penting. Energi dan emosi saling berkait rapat. Bak kata orang, dalam keadaan gembira kita akan menghasilkan keputusan yang luarbiasa. Jadi untuk jaga emosi, jagalah persekitaran anda – jangan asyik berkawan dengan orang yang ‘down’, senang ‘frust’. Hati-hati memilih kawan.

Akhir kata, tubuh badan yang sihat juga elemen penting memastikan energi yang tinggi dan konsisten. Tubuh badan yang tidak sihat seperti merokok dan tidak bersenam, mudah kena penyakit. Jadi secara tak langsung akan memberi impak kepada emosi.

Kesimpulannya, jadilah seorang hamba Allah yang soleh, berilmu tinggi, emosi yang stabil dan mempunyai fizikal yang sihat.

Energi berkait rapat dengan kejayaan.

Macam jurulatih kejayaan Azizan Osman; apa yang anda rasa, anda fikir, anda kata dan anda buat – semuanya adalah doa!

 

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s