Tips4Ejen: Tip-tip menjaga Persistensi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Semalam berdiskusi mengenai bagaimana nak menjaga persistensi. Hari ini saya rumuskan dalam poin-poin yang senang dibaca.

  • Buat Projek 100 – buat 100 klien ke atas. Dengan andaian purata nilai jualan adalah sama, kalau satu polisi ‘lapse’ baru turun 1%. Berbanding dengan ejen mempunyai 30 orang klien, 1 polisi lapse boleh jadi 3-4%.
  • Bisnes 11 bulan – cara ini mungkin ada yang tak suka, untuk siapa yang suka buat kerja ‘last minute’. Anda hanya perlu buat jualan dari bulan Januari sehingga bulan November sahaja. Kenapa? Kalau peratus jualan besar pada bulan Disember, bermakna anda kena pastikan tiada satu bulan pun tersangkut caruman.
  • Vital Behaviour untuk Persistensi – kalau The Sales Cycle mempunyai Vital Behaviour, kenapa tidak untuk persistensi? Macam mana? Jadikan rutin anda setiap bulan untuk review caruman klien-klien anda setiap bulan. Saya menetapkan, setiap 15hb dan 30hb (cut-off-date) sebagai hari saya kena fokuskan pada persistensi.
  • Hubungan dengan klien – jangan jadi ejen yang hilang lepas ‘closing’. Amalkan, sebelum anda buat submission, anda telefon mereka. Hantarkan kad ucapan / text message, kata terima kasih. Selepas permohonan approved, khabarkan kepada mereka. Apabila polisi siap, beritahu mereka secepat mungkin.
  • Penghantaran polisi – polisi yang sudah siap, perlulah dihantar secepat mungkin. Apabila hantar, selitkan sekali dengan borang untuk ‘cancel’. Tanya dia semula, adakah ini penting atau tidak penting, mahu teruskan atau tidak. Baik untuk beliau ‘cancel’ sekarang, dari ‘terminate’ di masa hadapan.

 

Ada tambahan lagi?

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s