Plan, Do, Check, Action – Menggunakan idea The Influencer.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Saya percaya pada keperluan mempunyai satu sistem atau idea untuk melakukan sesuatu. Tambahan, saya mempunyai gaya pemikiran yang digital – jenis yang kalau mahu lakukan apa-apa, perlu ada manual book atau aturan-aturan tertentu. Ianya adalah gaya pemikiran saya yang dominan.

Saya pernah membaca buku The Influencer, buku berkisarkan bagaimana mahu mempengaruhi orang lain untuk melakukan sesuatu. Idea ini, pada tahun 2014 yang mengejutkan saya ianya telah di ambil oleh Prudential untuk dijadikan sebagai salah satu ‘sistem’ untuk menggerakkan ejen-ejen dan leader-leader di Prudential.

The Influencer, memang terbukti boleh mempengaruhi pergerakan agensi. Tapi saya mengambil inisiatif menggunakan idea buku The Influencer mempengaruhi diri sendiri pada tahun 2014 terlebih dahulu. Saya juga menambah nilai pada konsep PDCA (plan do control action) iaitu  alat penting untuk berubah ke arah yang lebih baik pada masa akan datang.

Lalu terjadinya idea Individual Influencer (ini saya reka untuk diri saya sendiri)

PDCA.jpg

Dalam Influencer, ada 3 Langkah penting:

  1. Fokus dan kira (measure) – proses mempunyai impian, target atau gol yang jelas. Sebaiknya target ini mempunyai cerita tertentu. Kalau dalam ilmu NLP atau ABC, jadikan target ini suatu yang ada nilai dan emosi.
  2. Cari ‘vital behaviour’ – dalam apa jua proses kita mahukan, pasti ada satu atau dua perkara paling penting yang memberi efek kepada hasil yang kita mahu. Contohnya, mahu jadi kurus. Semua benda kena buat, tapi yang penting adalah minum air secara kerap berbanding mengawal kalori makanan.
  3. Masukkan ENAM sumber motivasi dan kemampuan dari segi individu, keadaan sosial dan persekitaran.

 

Enam sumber motivasi ini adalah

  1. Personal Motivation – mempunyai visi dan misi sendiri, tanya diri sendiri kenapa perlunya target ini. Jadikan impian yang sukar menjadi senang (making undesirable desirable). Apakah ganjaran yang mereka mahu jika mencapai target ini.
  2. Personal Ability – apakah skil dan alat yang seorang itu perlu untuk mencapai target tersebut. Adakah perlu untuk dilatih lagi? Apa ilmu yang patut dipelajari? Apa kekuatan dan skil paling efektif mereka ada? Apa batasan yang mereka ada? (surpass the limit)
  3. Social Motivation – apa ganjaran sebagai sebuah kumpulan dapat capai target mereka? (harness peer pressure) Apa target mereka sebagai sebuah kumpulan? Apa pula akibat kepada mereka jika gagal sebagai sebuah kumpulan? Di sini anda kena sediakan, support system atau medium sebuah kumpulan berhubung samada secara formal atau tidak formal. Ini juga adalah ruang mereka kongsi idea secara terbuka.
  4. Social Ability – di sini adalah platform membantu dari segi pengetahuan atau sokongan moral. Contohnya, menetapkan perjumpaan pada setiap minggu untuk kumpulan kecil (find strength in number). Anda kena tetapkan satu ketua untuk periksa keadaan kesemua ahli dalam kumpulan ini (create social support).
  5. Structural Motivation – sebagai seorang influencer, anda kena mempunyai reward system tersendiri (design reward & accountability). Anda juga boleh mempunyai punish system tapi sebaiknya jangan selalu digunakan. Sentiasa lihat semua sistem ganjaran ini, samada efektif ataupun tidak.
  6. Structural Ability – di sini peranan 5S (sila Google) amatlah penting (change the environment). Persekitaran yang efektif barulah pengaruh dari influencer lebih senang dicapai. Sebaiknya, sistem ini boleh dilihat, dan membantu sesiapa untuk sentiasa ‘on track’ dalam sistem ini iaitu masih ikut the vital behaviour. Ianya boleh jadi alat tertentu, infrastruktur tertentu atau akses tertentu.

 

Untuk proses P (Plan), saya mencadangkan merangka Pelan yang betul-betul menyentuh minat seorang ejen itu bertindak. Jadikan pelan itu lebih ‘real’ daripada sekadar pelan. Pelan itu mestilah mempunyai kaitan emosi dan perasaan, baru pelan itu bukan hanya sekadar pelan. Di sini saya gunakan Personal Motivation, cipta target yang benar-benar mereka mahukan.

Bagi proses D (Do), saya berpegang pada The Sales Cycle. Daripada The Sales Cycle ini saya terapkan The Structured Day (jadual bekerja yang wajib) untuk memastikan The Sales Cycle ini bergerak. Di sini juga, saya mencadangkan OCS (one card system) dipakai untuk memudahkan proses The Sales Cycle bergerak dengan laju. Dalam The Sales Cycle, perkara penting adalah The Vital Behaviour, apakah aktiviti yang penting bagi seorang ejen.

Proses C (Check), saya menggunakan elemen Social Motivation & Social Ability. Di sini, saya membuat segmentation ejen tertentu berdasarkan kemampuan jualan mereka sebulan. Ia juga boleh pakai untuk SBU (strategic business unit), satu kumpulan tertentu yang mempunyai target yang hampir sama. Kumpulan ini diketua oleh seorang yang tidak formal, dilantik di kalangan mereka dan diawasi oleh seorang yang formal – agensi leader, contohnya.

Proses A (Action), adalah penting untuk meningkatkan Personal Ability mereka – latihan. Di sini juga, anda boleh aplikasi keperluan Structural Motivation dan Structural Ability. Reward system yang anda mahu perkenalkan, anda boleh beritahu mereka ketika sesi mesyuarat atau letakkan satu papan scoreboard di pejabat. Sesi pemberian ganjaran boleh dilakukan di sini, supaya lebih efektif dapat menyentuh motivasi pada orang lain.

 

Apa yang saya tulis ini, saya belajar dari buku Influencer semata-mata dan saya aplikasikan dengan tujuan untuk ‘mempengaruhi’ diri sendiri. Lain dan tak bukan, membuatkan saya bergerak lebih jauh.

Saya percaya, kalau saya ikut apa yang saya telah tetap saya akan berjaya seperti mana saya lakukan pada tahun 2014. Pada tahun 2015, saya akui, ada beberapa perkara saya cuba ubah, kesannya saya tergelincir daripada target saya – tidak menetapkan target yang betul-betul ’emosi’ atau memberi kesan kepada diri sendiri.

Bila proses ‘Plan’ pun tiada bermakna, keseluruhan PDCA dan The Influencer tak akan cukup kuat mempengaruhi diri saya.

Sesiapa yang faham tentang apa yang saya tulis, tanniah. Kalau tak, lebih baik anda ikut atau bayar kelas mengikut dan belajar mengenai The Influencer. Saya akui, The Influencer sangat bagus dan bersistematik.

 

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s