Art of Presentation – Apakah Nilai-Nilai Presentation Yang Bagus?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Dunia ejen insurans / takaful ini, banyak jenis-jenis presentation yang telah gunapakai untuk mendidik masyarakat Malaysia hari ini – samada secara tradisional ataupun online.

Saya boleh dikatakan mahir dalam bab presentation, ini disebabkan kerja saya dari zaman universiti sehinggalah zaman saya bergelar jurutera. Seminggu sekali kena lakukan ‘presentation’, dari soal yang berat sehingga soal remeh.

Oh ya. Saya pernah memenangi MPC (Malaysia Productivity) Gold Award peringkat bahagian Gambang Pahang pada tahun 2012. Beberapa anugerah di tempat kerja, berkaitan ‘presentation’ dan paling tinggi wakil kebangsaan untuk ICC Kuala Lumpur 2012 (Innovative & Creative Circle) melalui syarikat saya bekerja.

Ya, dalam melakukan presentation yang bagus memang memerlukan beberapa elemen. Sebenarnya, saya merujuk kepada buku Art of Presentation iaitu ditulis oleh orang yang bertanggungjawab mempopularkan Dropbox.

Elemen ini adalah penting dalam apa jua presentation. Apabila saya menceburi diri dalam bidang insurans / takaful, saya olah dan tambah elemen seorang jurujual paling popular dalam dunia Jordan Belfort (Wolf of Wall Street). Ini hasilnya;

Adib Yazid Art of Presentation.jpg

 

Sebuah presentation yang bagus perlu dimulakan dengan soalan. Ianya penting untuk mengawal – siapakah ‘leader’ dalam perbualan ini. Selepas itu anda kena cipta beberapa persamaan dengan prospek anda. Apa sahaja, gunakan formula FORM (anda boleh rujuk pada entri lain dalam blog ini). Kemudian soal beberapa perkara untuk dapatkan beberapa maklumat.

Sebelum melakukan presentation, anda kena berada dalam keadaan mod bersedia. Di mana anda mahu lakukan, berapa panjang presentation, susunan dan gaya bakal anda lakukan dan siapa pendengar anda. Tidak guna cerita insurans / takaful pada seorang yang baru berusia 10 tahun, bukan?

Nilai presentation yang bagus, lebih bermula dengan WHY soalan. Bermula dengan WHY, anda akan membina konteks dan cerita untuk dimasukkan ke dalam presentation anda. Cerita ini tujuan utama adalah memberi makna terhadap apa yang anda bakal sampai.

Misalnya, kalau insurans / takaful, keperluannya adalah apabila sakit atau mati. Guna cerita dari sanak saudara anda, atau contoh orang lain mengalami kesusahan apabila tiada insurans / takaful.

Kaitkan cerita tadi, gunakan analogi. Anda baru boleh masukkan HOW dalam presentation anda. Soal HOW adalah mengenai produk / pelan insurans / takaful yang sesuai untuk mereka.

Berbicara pelan insurans / takaful adalah rumit sebenarnya. Gunakan dalam bentuk poin-poin yang senang difahami, tidak menggunakan jargon pelik yang sukar atau pertama kali dengar oleh mereka.

Akhir sekali, beri soalan yang memberi konklusi.

“Anda mahu yang ini atau yang itu?”

Akhiri soalan yang memberi pilihan… jangan biarkan soalan terbuka.

Boleh faham, apa yang saya sampaikan?

 

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s