Diari Ejen – Poker & Bisnes

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Dalam kekalutan dunia hari ini, saya pun turut kalut dengan pelbagai aktiviti. Ada yang penting, kurang penting dan sangat penting. Apa-apa pun, keutamaan adalah segalanya bila hendak melakukan kerja.

Waktu rehat, santai menunggu kawan datang nak tahu pasal Takaful, saya teringat satu permainan yang seronok saya bermain – POKER. Saya memang minat main Texas Hold’em Poker. Sehinggakan saya muat turun beberapa musim permainan Poker di ESPN (di Amerika Syarikat, memang sampai masuk TV)

Orang kata, bisnes dan Poker ada satu kaitan penting.

Dalam permainan Poker, ada istilah All-Out, atau In (kebanyakan pemain poker akan mengetuk meja, menyentuh meja tap dua kali, dan pelbagai cara). Sebelum satu pusingan bermula, mereka akan letakkan cip-cip di atas meja – sebagai wang taruhan. Mereka akan berada dalam proses ‘psiko’ sesama mereka, bertanding siapakah memiliki kad paling kuat di atas meja. Kalah, hangus. Menang, berganda.

Itu uniknya permainan Poker. Sehinggakan saya sendiri mempunyai set Poker, dan ia adalah permainan ketika saya lepak pada semester terakhir di Universiti Ulsan.

Poker ini mengajar satu perkara – apabila anda mula buat sesuatu, anda kena bersedia sehingga habis. Samada anda perlu ‘masuk’ IN dalam permainan bisnes, atau tidak pada awal pusingan. Bila anda berada di bahagian terakhir, anda kena ‘all out’ apa yang anda ada. Buat sehingga habis.

Pelikkan saya cerita pasal Poker, tak takut halal haram ke?

Permainan ini memang berbahaya, boleh tergadai segala harta anda ada dan ianya memang haram dimainkan dengan wang taruhan. Janganlah bermain.

Ingat, samada anda IN atau OUT .

 

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s