Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
(Peristiwa petang tadi)
Saya seorang lelaki. Saya seorang ejen.
Saya ada klien wanita.
Sejak kebelakangan ini, sering dapat soalan mengenai buah dada. Ya, sebulan lepas saya dapat klien masuk hospital disebabkan masalah buah dada. Saya tak mahu terperincikan apa yang berlaku, cuma saya kata ianya tidak serius. Sejak peristiwa itu, macam ada satu ‘attraction’, ada dua tiga orang lain telefon tanya soal buah dada. Walaupun, ada yang cuba selindung guna ayat ‘bukan saya, tapi kawan saya ni kan…’
Sebenarnya saya segan, sebut ‘tetek’ bila tengah berbual di telefon. Apatah lagi, tengah beratur di bank. Orang keliling tengok saya, bila saya sebut t*t*k.
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid