Assalamualaikum dan selamat pagi.
Agama Islam adalah luas. Ia merangkumi banyak perkara – tauhid, fiqah, muamalat, shariah dan macam-macam lagi. Belum lagi dihuraikan. Tapi yang penting, adalah rukun Islam itu sendiri; 5 Rukun kena kuasai sebelum menguasai perkara-perkara lain.
- Mengucap dua kalimah syahadah
- Solat 5 lima waktu sehari
- Berpuasa di bulan Ramadhan
- Menunaikan zakat
- Menunaikan haji
Dalam bisnes insuran / takaful, kena juga menguasai ‘rukun-rukun’ penting ini. Siapa yang faham, sudah faham mengenai ini – Vital Behaviour.
Jadi, apakah itu Vital Behaviour? Ia adalah aktiviti yang sebenar-benarnya menjurus kepada bisnes, jualan dan pendapatan anda sendiri. Tak melakukan ini, peratus untuk gagal adalah tinggi.
- 30 ‘New Names’
- 30 ‘Approaches’
- 30 ‘Call’
- 10 ‘Fact Find’
- 5 ‘Presentation’
Anda kena bermula dari No.1, tidak boleh terus skip ke No.5. Masakan, anda tiada nama baru, anda boleh melakukan ‘presentation’? Mustahil bukan. Mesej di sini, kembali kepada asas.
Di sini, saya akan memberitahu 5 TIPS yang kerapkali saya lakukan kalau saya sudah kehabisan nombor baru. Kadangkala, saya sebagai manusia lalai dan alpa dengan apa saya lakukan atau selesa dengan apa saya lakukan, lalu melupakan perkara paling asas dalam industri ini. Mari saya kongsikan apakah 5 TIPS yang selalu saya gunakan.
#1. Berjumpa dengan pelanggan anda yang sudah mempunyai pengalaman melakukan tuntutan. Tanya pengalaman menggunakan insuran / takaful, apa pandangan mereka. Tanya adakah insuran / takaful bermanfaat kepada mereka dan keluarga, dan mahukan mereka kongsikan manfaat ini kepada orang lain.
#2. Berjumpa dengan pelanggan, kongsikan pelan bisnes anda tahun ini – berapa pelanggan yang anda mahu supaya anda boleh ‘sustain’ dalam industri ini. Kenapa kena kongsikan? Beritahu, insuran / takaful adalah bisnes yang panjang – untuk bertahan dalam industri ini anda kena sentiasa berterusan berkongsi manfaat ini kepada orang lain. Anda juga boleh kongsikan impian anda menggunakan ‘dream board’ atau impian-impian lain.
#3. Aktiviti sugul. Di sini anda kena buang ego dan perasaan tinggi diri. Orang kata, kalau melakukan aktiviti sugul ini anda kena letak ego di kaki. Anda mungkin merayu dan beritahu bahawa anda ‘kekeringan’ idea atau prospek. Insha Allah, dengan kejujuran anda pelanggan anda akan beri anda referrals.
#4. Libatkan pelanggan anda dalam Ambassador Reward System. Cara begini, anda kena ‘allocate’ sebahagian pendapatan anda untuk memberi hadiah kepada pelanggan anda. Contohnya, setiap kali pelanggan anda memberi satu prospek, dan prospek bersetuju anda beri ganjaran; wang tunai atau set makan malam di Nandos (contoh).
#5. Customer Referral Program. Ini adalah kesinambungan dari Ambassador Reward System. Anda kena kreatif, contohnya dahulu saya hanya membawa sebuah buku ‘My Referrals Book’, iaitu buku yang mengandungi senarai pelanggan yang telah memberi referrals kepada anda.
Sebenarnya, banyak cara lagi untuk anda boleh lakukan kalau kekeringan idea mencari nama baru. Tapi apa yang saya tunjukkan 5 tips ini adalah untuk ejen yang mungkin sudah mempunyai ‘client base’ tapi anda boleh gunakan juga untuk ejen-ejen baru.
Apa-apa pun, janji ikhlas dan jujur dalam meminta referrals!
Adib Yazid