Kelab 4 Pagi oleh Dato Roslan Ab Hamid

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Insan yang berproduktiviti tinggi kalau kita perhatikan betul-betul, mereka adalah insan yang bangun awal pagi. Seawal yang boleh.

Dalam Islam sendiri sebenarnya sudah menyarankan supaya bangun sebelum Subuh. Beberapa tahun lepas, video Robin Sharma mengenai 5 AM Club telah menjadi viral. Bagaimana seorang yang bukan Islam telah ‘crack the code’ untuk bangun pagi.

Dalam video tersebut, 1 jam pertama di waktu pagi amatlah penting. Beliau membahagikan kepada 20 minit, 20 minit, 20 minit. Anda boleh tonton video itu disini: KLIK.

 

Kelab 4 Pagi

Baru-baru ini, di Facebook saya ada seorang insan yang amat popular telah kongsikan perkara-perkara yang beliau perlu lakukan untuk bangun seawal 4 pagi.

Adib Yazid Kelab Empat Pagi.JPG

 

Ikutkan gambar di atas:

  1. Tidur sebelum 11 malam. Matikan semua telefon dan gajet-gajet.
  2. Bangun seawal 4 pagi.
  3. Bersenam 30 minit di awal pagi.
  4. Mandi sebelum subuh.
  5. Melakukan solat sunat Tahajud, solat sunat Taubat, solat sunat Hajat dan solat sunat Witir.
  6. Membaca Al-Quran sekurang-kurangnya 2 muka surat.
  7. Melakukan solat Subuh di masjid.
  8. Muhasabah merenung diri dan bersyukur.
  9. Bangkit awal melakukan kerja sebelum terbit matahari.
  10. Tampil ceria, bersedekah di pagi hari, beri salam dan senyuman.

 

Cakap senang, buat perkara lain. Apa kata kita cuba amalkan. Ya, permulaan memang payah. Pertengahannya mungkin serabut, tapi pengakhirannya adalah manis.

Adib Yazid

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s