Klausa Incontestability atau Ketidakbolehpertikaian Dalam Polisi Insuran / Sijil Takaful

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Buku polisi insuran / sijil takaful adalah rujukan penting. Ia merupakan buku perjanjian antara dua pihak dimana di antara pelanggan (pemunya polisi / sijil) dan syarikat insuran / takaful sebagai pihak yang menunaikan janji-janji. Peranan ejen juga wujud di mana berada di tengah-tengah perjanjian.

Oleh sebab itu, dalam polisi insuran / sijil takaful disertakan maklumat diri ejen seperti kad pengenalan, nombor kod ejen, tandatangan ejen, alamat ejen samada ruah atau pejabat operasi.

Ketidakbolehpertikaian / Incontestable Terma

Apabila mempunyai polisi insuran / sijil takaful, apa yang kita mahukan sebagai pelanggan adalah kebolehan melakukan tuntutan dan akhir sekali tuntutan dibayar.

Tuntutan dibayar atau tidak adalah bergantung pada perjanjian dan perjanjian ini mestilah jujur. Seorang ejen bertindak jujur memperihalkan akibat tidak ‘declare’ sebarang maklumat penting seperti keadaan kesihatan sekarang, jenis pekerjaan, umur, status merokok dan rawatan-rawatan kesihatan yang pernah dilakukan.

Maklumat-maklumat adalah Fakta Penting (Material Fact) dalam penilaian risiko dan kebolehan memberi tuntuan (honor the claim).

Ini adalah di sudut pelanggan itu sendiri, bertanggungjawab ‘declare’ apa yang diminta oleh pihak insuran / takaful.

An incontestability clause is a clause in most life insurance policies that prevents the provider from voiding coverage due to a misstatement by the insured after a specific amount of time has passed.

Investopedia.com

Klausa ini sebenarnya melindungi pelanggan daripada syarikat insuran / takaful tidak memberi tuntutan selepas satu tempoh spesifik (lazimnya, adalah dua tahun) jika terdapat Fakta Penting yang tidak tepat selepas.

Pelanggan insuran / takaful hari ini biasanya telah diterangkan oleh ejen tentang klausa masa, seperti:

  • 30 hari tempoh menunggu untuk kad medikal.
  • 120 hari untuk penyakit spesifik.
  • 60 hari untuk penyakit kritikal (tidak semua)
  • 365 hari untuk komplikasi kehamilan.
  • 15 hari untuk memulangkan polisi / sijil jika tidak suka.
  • 48 jam untuk setiap tuntutan kemalangan dilaporkan.
  • Dan banyak lagi.

Lebih baik, klausa incontestability atau ketidakbolehpertikaian ini diberitahu kepada pelanggan. Untuk pemahaman senang, polisi insuran / takaful yang sudah dua tahun ke atas adalah polisi / sijil yang berada dalam posisi baik untuk apa-apa tuntutan.

Tidak kisah samada melibatkan tuntutan kematian, penyakit kritikal seperti jantung, buah pinggang, kanser dan tumor. Apa-apapun klausa ini boleh terbatal jika pihak insuran / takaful jumpa bukti yang sangat kukuh dan jelas bahawa pihak pelanggan telah berselindung penyakit sedia ada atau menipu pihak insuran / takaful itu sendiri.

(Nota: Incontestable Clause – Not challenging the contract)

Sebagai contoh, kenyataan klausa ini dalam salah sijil takaful:

ADIB YAZID Incontestability Ketidakbolehpertikaian.JPG

Sebab itu, jika polisi / sijil takaful itu masih baru (kurang dua tahun ke bawah), jika ada sebarang perkara meragukan, pihak insuran / takaful ada hak untuk ‘decline ‘Guarantee Letter pada awalnya. Tuntutan boleh dibuat melalui konsep Reimbursement, iaitu melalui ‘claim investigation’ dan perlu beberapa dokumen tambahan untuk menyokong bahawa tuntutan ini adalah jelas.

Secara teknikalnya, ia melindungi pelanggan lain andaikata syarikat insuran / takaful lingkup disebabkan kes-kes tuntutan tidak ‘genuine’ atau tulen. Hari ini boleh dikatakan sejak wujudnya kad medikal, banyak kejadian tuntutan-tuntutan yang tidak  tulen. Baru-baru ini ‘viral’, demam pun nak masuk hospital – contoh.

 

Kesimpulannya, jika diri dalam keadaan benar-benar sihat adalah waktu sesuai untuk mengambil insuran / takaful. Ini tidak. Sudah kerapkali masuk ke hospital, ada rekod rawatan dan baru hendak ambil pelan insuran / takaful.

Bila masuk hospital menggunakan kad medikal yang baru diambil, ‘decline’ – ejen kena marah, isu diviralkan, syarikat dipersalahkan, doktor dibodohkan, insuran / takaful dilahanatkan dan pelbagai lagi.

Jadilah pemunya polisi insuran / sijil takaful yang bijak.

 

Adib Yazid

 

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s