Policy Delivery : Menjaga Polisi / Sijil Adalah Satu Tanggungjawab

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Seperti sedia maklum, kalau kita dikatakan mempunyai apa-apa perjanjian sebaik-baiknya perlulah mempunyai ‘hitam putih’. Dengan maksud lain, mempunyai butir-butir perjanjian.

Perkara ini juga telah dijelaskan dalam nas Quran, mencatit setiap perkara apatah lagi ianya melibatkan hutang-piutang.

Polisi insuran / sijil takaful adalah satu ‘perjanjian’ di antara dua pihak utama iaitu pelanggan dan syarikat insuran / takaful itu sendiri, dan di pertengahannya adalah ejen yang boleh berpihak kepada syarikat insuran / takaful dan pada masa yang sama memberi terbaik kepada pelanggan.

Jadi, apakah ‘surat perjanjian’-nya?

Lebih mudah, ia adalah buku polisi insuran / sijil takaful yang akan dapat diperolehi sesudah anda bersetuju dan mencarum kali pertama.

 

Ini adalah contoh ‘bungkusan’ saya pakai untuk menyalut polisi insuran / sijil takaful yang bakal diberikan kepada pelanggan.

Pada awal karier saya, hanya beri sahaja dengan plastik putih (yang memang disediakan oleh pihak syarikat takaful). Selepas setahun, apabila membuat aktiviti ‘policy review’ dengan meminta pelanggan membawa polisi / sijil.

Ada polisi / sijil sudah;

  • Koyak rabak. Digigit tikus.
  • Terkena air (banjir di Kelantan dan Pahang)
  • Ada tumpahan kopi dan teh.
  • Lunyai. Kerap berpindah-randah.
  • Kuning. Sebab terdedah dengan persekitaran.
  • Terbakar. Terkena puntung rokok.
  • Macam-macam lagi.

Saya mengambil inisiatif untuk ‘melindungi’ polisi / sijil ini. Pada mulanya saya menggunakan fail kertas (sebab murah) tapi dari segi ketahanan, ianya pun cepat lunyai.

Lalu, saya menggunakan fail plastik. Boleh tahan lama. Cuma nak cari keseragaman agak sukar di mana saya gemarkan warna merah untuk diberi pada pelanggan. Tetapi, setiap kali habis agak sukar ingin menggunakan warna yang sama.

Jadi, menggunakan fail folder sebegini lebih praktikal. Di mana anda boleh letak logo agensi anda sendiri dan lebih nampak kemas serta profesional.

Terpulang kepada anda. Saya kongsikan apa yang saya lakukan.

PS: Ada tak mana-mana ‘supplier’ yang boleh buat fail macam di atas ini dengan harga yang berpatutan?

 

 

Adib Yazid

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s