Final Sprint : Nak buat apa? – 20 Idea Pantas untuk Capai Target Tahunan.

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Dalam apa-apa bisnes berkaitan dengan jualan samada langsung atau tidak, tidak terlupa juga dalam industri insuran / takaful, bagi kelompok ejen – final quarter atau suku terakhir pada tahun tersebut adalah tempoh yang menarik.

Waktu-waktu ini menyaksikan ‘kerja giler’ ejen, rancak dan tak disangka-sangka.

Malahan, waktu ini menyaksikan ‘impossible is nothing’ – macam tagline Adidas.

Soalan-soalan dari ejen baru selalu diajukan, malahan ada juga ejen senior menanyakan: Apa yang boleh dilakukan pada final quarter ini, untuk mencapai keputusan yang dikehendaki?

adib-yazid-final-sprint-prudential-suku-akhir-hujung-tahun

20 Idea Pantas untuk Capai Target Tahunan pada Tahun Ini.

#1. Beri quotation percuma.

Mudah sahaja, tanya kepada pelanggan atau prospek sedia dan katakan, “Berminat atau tidak quotation percuma untuk mengetahui apa manfaat yang ada untuk diri anda.”

#2. Beri percuma diari (kepada prospek).

Sudah pasti, apabila menjelang hujung tahun perkara ‘wajib’ dilakukan oleh ejen adalah memberi diari atau kalendar kepada pelanggan. Tapi itu pelanggan sahaja. Buat trik, bagi bila waktu tengahari atau di pejabat mereka, bagi secara pukal kepada pelanggan sedia.

#3. Cross-Selling pelanggan sedia ada.

Pelanggan sudah sedia yang sudah membuat tuntutan adalah lebih mudah memahami kepentingan polisi sedia ada. Buat ‘policy review’, lihat samada ada ke tidak perlindungan yang masih tidak mencukupi. Contohnya, wanita memerlukan pelan perlindungan khas wanita samada Takaful Puteri atau Pru Lady.

#4. Up-Selling pelanggan sedia ada.

Sekali lagi, buat ‘policy review’. Lihat samada jumlah perlindungan yang anda berikan 2-3 tahun dahulu. Adakah ianya mencukupi? Hari ini banyak ejen melakukan penambahan nilai pampasan kematian. Dahulunya hanya memberi nilai asas seperti RM30,000 ke RM50,000 sahaja. Gandakan nilai ini.

#5. Email / telefon semua pelanggan sedia ada.

Sebaik-baiknya, telefon untuk bertanya khabar semula dan membina hubungan semula (andaikata dah lama tak telefon). Senang sahaja. Minta berjumpa dengan mereka dan khabarkan kedudukan anda sekarang dalam bisnes dan niat anda. Khabarkan pada mereka, bisnes anda memerlukan nombor baru sebagai modal – minta referral baru dari mereka.

#6. Beri ‘ganjaran’ untuk siapa yang memberi Referrals.

Sambungan dari atas. Untuk menggalakkan hubungan, sediakan satu ganjaran kepada mereka atas sebab memberi referrals. (Ada ejen berani memberi nilai tunai yang besar atau hadiah yang sangat mahal seperti pakej perlancongan!) Ganjaran tak semestinya duit. Belanja makan pun kira ganjaran juga.

#7. Buat Facebook Pages.

Sudah mempunyai Facebook? Sudah masanya menggunakan laman sosial media sebagai enjin pembuat duit. Menggunakan Facebook Personal ada batasan tertentu. Gunakan Facebook Pages untuk liputan menyeluruh dan besar.

#8. Buat Facebook Ads menggunakan Facebook Pages.

Untuk menambah keberkesanan dan mencapai audiens / market yang besar, anda boleh menyediakan bajet harian anda (seperti anda buka booth) untuk menyasarkan iklan anda ke individu / prospek yang anda mahukan.

#9. Mulakan Twitter.

Belum ada Twitter? Luaskan pengaruh Intergrated Marketing dengan menggunakan Twitter. Mudah dan ringkas sahaja pun.

#10. Mulakan LinkedIn.

Kemaskini profil anda dalam LinkedIn. Khabarkan kepada rakan anda apa yang anda sedang buat.

#11. Buat senarai ‘follow up’ prospek yang pernah dihubungi.

Sepanjang tahun ini, dari bulan Januari hingga bulan September pasti ada prospek menangguhkan keputusan atau berkira-kira hendak mengambil polisi / sijil takaful. Cari nombor mereka dan telefon, ajak berjumpa sekali lagi atau tanya keadaan mereka.

#12. Geledah semula Kad Bisnes lama.

Kad Bisnes yang anda simpan atau selit-selit di mana adalah sumber emas pada waktu genting ini! Cari dan telefon.

#13. Tanya setiap ahli keluarga.

Sudah sampai masanya anda menggunakan konsep ‘leverage’ – masa orang lain dan ‘network’ orang lain. Minta pertolongan dari ayah dan ibu anda. Tanya adik beradik, tanya pakcik dan makcik. Tanya samada ada atau tidak kenalan mereka yang mereka boleh perkenalkan kepada anda.

#14. Tanya setiap kawan.

Gunakan ‘network’ kawan kepada kawan anda. Ingat fakta ini, jika anda berumur 30 tahun – dalam kepala mereka ada 2,000 kenalan yang mereka tahu tanpa sedar atau tidak. Dapat 100 pun sudah memadai.

#15. Minta kawan atau pelanggan buat ‘blasting’ / promosi.

Sediakan ayat pendek untuk ‘blasting’. Minta kawan-kawan atau pelanggan anda ‘blasting’ dalam grup Whatsapp / Telegram mereka. Kalau mereka yakin dan percaya kepada anda, insha Allah mereka akan membantu.

#16. Minta kawan atau pelanggan buat iklan di laman sosial mereka.

Seperti di atas, sediakan ayat iklan dan minta mereka tempelkan di status Facebook mereka atau Twitter, Instagram dan sebagainya.

#17. Upah orang buat marketing.

Ini memerlukan kos. Laburkan sedikit untuk upah orang lain membuat marketing untuk anda sementara anda fokus kepada jualan, jualan dan jualan (sales).

#18. Upah orang buat ‘phone call’.

Ini juga memerlukan kos. Cari orang yang pernah terlibat dalam aktiviti ‘cold call’ seperti tele-marketeer. Upah mereka untuk melakukan ‘phone call’, manakala anda penuhi jadual harian dengan perjumpaan (appointment).

#19. Beli nombor dari orang lain dan lakukan ‘cold call’.

Ini juga memerlukan kos. Ada sesetengah syarikat menjual nombor-nombor pelanggan mereka. Ada juga syarikat yang kerjanya mendapatkan maklumat dan menjual nombor sebagai sumber kewangan mereka.

#20. Tambah polisi untuk diri sendiri / keluarga.

Sudah tiba masanya, anda kena ‘self-check’ samada perlindungan anda mencukupi atau tidak. Ini cara pantas untuk dapatkan polisi baru dan menambah jualan pada suku terakhir ini!

 

Saya senaraikan 20, ambil satu dan praktis.

Jika ada hasil, beri testimonial anda kepada saya.

Email: adibyazid8282@gmail.com

 

Adib Yazid

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s