20 Idea Menulis Blog : Penulisan Wan Yusof

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Penulisan blog mungkin satu perkara yang pernah ditinggalkan dan kini sedang mengalami peningkatan semula sebagai satu ‘tool’ dalam pemasaran diri (personal branding). Menulis blog bukan sahaja hanya untuk tujuan pemasaran, tetapi boleh menjadi medan utama untuk mengasah bakat.

Tulislah walaupun pada mulanya macam ‘sampah’ dibaca!

Apabila ingin menulis, ianya sangat berkaitan dengan ‘mood’ hendak menulis. Kadangkala ‘mood’ itu bergantung idea – kering idea, menyebabkan tiada ‘mood’ hendak menulis.

Saya tertarik dengan penulisan seseorang yang saya minati, Wan Yusof dalam blog beliau tentang 20 Idea Menulis Blog.

Di sini saya ringkaskan 20 idea tersebut.

 

  1. Artikel Bagaimana / How To – Contoh: Cara bagaimana hendak memulakan bisnes.
  2. Rumusan Slideshare, muat turun slide.
  3. Wawancara secara Offline. Temubual orang dalam bidang kita mahu.
  4. Wawancara secara Online. Temubual melalui email, seperti menanyakan pendapat seseorang terhadap satu perkara.
  5. Analisa Blog / FB. Lihat individu tersebut dan lakukan refleksi.
  6. Terbitkan kembali penulisan. Gunakan isi viral tapi perlulah dapat keizinan.
  7. Dapatan Youtube. Jadikan Youtube sebagai sumber idea menulis.
  8. Case Study. Rumuskan apa yang boleh dapat dari Case Study tersebut.
  9. Kajian Sendiri.
  10. Kuasa Nombor. Tulis artikel berkaitan dengan nombor. 5 Langkah untuk membaca buku secara cepat, ini contoh.
  11. Buat senarai semak.
  12. Menulis artikel Testimonial terhadap satu perkara.
  13. Kumpulkan artikel 10 terbaik dan tulis semula rumusan 10 artikel tersebut.
  14. Fungsi, Faedah dan Manfaat sesuatu servis dan produk.
  15. Menulis post yang sedang trending.
  16. Kuiz-kuiz.
  17. Rumusan produk dan perbandingan.
  18. Cerita pengalaman.
  19. Koleksi gambar.
  20. Konten kurasi. Ambil beberapa sumber bacaan dan kupas serta suntik idea sendiri.

 

Sudah banyak idea?

Dapat idea dan terus laksanakan. Ini zaman ‘konten’, bukan lagi zaman ‘copywriting’. Siapa memegang ‘konten’ yang baik dan banyak, dialah pemenangnya.

Adib Yazid

 

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s