Teguran Buat Ejen Insuran : Perkara Sebenar tentang Rawatan di Hospital Kerajaan.

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Saya sangat tertarik dengan isu rawatan di hospital kerajaan baru-baru ini viral di laman media sosial. Ianya dimulakan oleh seorang ejen takaful.

Teguran Buat Ejen Insuran 003.jpg

 

Dalam kupasan statusnya di Facebook mengatakan:

Untung celah mana? Siapa cakap free? Kau tau tak kalau memane gomen servant yang seronok menonong sign GL tak baca betul-betul, perasan dapat free tu memang kesian gila la.Kalau yang baru berkhidmat ni biasa kena potong gaji, yang dah lama tu depa tolak pencen tu ha. Sikit lagi pencen tah kemana gaji tah kemana. Kerajaan ini bukan betul sangat.

Ada seorang penjawat awam, telah menafikan cerita ini dan telah menerangkan perkara sebenar tentang caj rawatan di hospital kerajaan.

Teguran Buat Ejen Insuran 001.jpg

Teguran Buat Ejen Insuran 002.jpg

Ini apa yang beliau perkatakan dalam statusnya pula:

 

“Kami faham anda perlu mencari rezeki. 

Ramai sahabat2 saya adalah penjual insurans dari pelbagai syarikat yang bekerja dengan penuh etika. 

Masing2 ada kelebihan dan keutamaan dan pelanggan bebas memilih pakej insurans yang sesuai dengan kemampuan dan citarasa mereka. 

Namun tak perlulah menjual insurans dengan menakut2kan orang lain, memberikan maklumat palsu, memburukkkan hospital kerajaan dan menimbulkan persepsi pada kerajaan dan pemerintah. Last2 nanti Najib jugak kena maki. 🤣

Perbuatan macam itu tak baik. Kita kan nak cari rezeki yang halal. 

GL (Guarantee Letter) adalah surat pengesahan dari majikan untuk dapatkan rawatan PERCUMA dari hospital kerajaan. 

Dalam GL ada dinyatakan kelayakan wad pegawai dan keluarganya. Ketua Jabatan berhak memotong gaji pegawai bagi menjelaskan bil sekiranya pegawai meminta kelas wad yang lebih tinggi dari kelayakannya. 

Cth: layak kelas 3 tapi mahu kelas 1. Boleh…bayarlah beza caj tersebut secara tunai. Kalau enggan bayar, barulah akan dipotong jumlah hutang dari gaji. 

Itupun saya tak pernah dengar kejadian seperti ini sepanjang saya menjadi doktor. 😂
Layak kelas 1 tapi dapat kelas 3 mmg banyak…sebab wad kelas 1 mmg limited. 😊

Pencen dipotong pun satu kekarutan apatah lagi caj rawatan di hospital kerajaan murah nak mampus. 

Buat pembedahan bypass jantung pun kena caj RM 500 sahaja, sedangkan pembedahan yg sama di swasta menelan belanja puluhan ribu ringgit. 

Jadi berhentilah menggunakan taktik ini untuk melariskan jualan. Anda boleh tetap berjaya menjual dengan memberikan maklumat yang betul. 

Saya sebagai doktor pakar kerajaan juga membeli insurans kerana agen saya memberikan maklumat yang tepat.

Note: Saya terpaksa menulis perkara ini kerana setiap kali ada dakwaan2 spt ini, masyarakat akan bertanya kepada saya tentang kesahihan berita.  Penat wey jawab. 

Pesan mentor bisnes, berniagalah dengan tidak menjamin apa-apa dan penuh integriti. Kadangkala benda-benda kecil begini, menyebabkan lumpuh pada bisnes kita.

Allah knows best.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s