Assalamualaikum dan selamat pagi.
MSI, atau singkatan untuk multiple-stream of income adalah satu konsep dimana untuk capai aliran tunai yang deras dan bina networth jutaan perlulah membina paip pendapatan secara banyak.
Mesti kita bayangkan kita perlu ada kerja lebih dari satu? Ya, itu satu kemungkinan. Tetapi disebabkan terhad diri kita dan kesihatan kita (lebih bernilai dari segalanya) idea untuk menjana pendapatan secara pasif adalah sangat kritikal pada waktu hari ini. Rata-rata hari ini, boleh jana pendapatan aktif melalui dua sumber kerja sahaja.
Pagi pukul 8-5 kerja di syarikat (pendapatan aktif secara sepenuh masa) dan malam berniaga sesuatu atau buat pada hujung minggu (pendapatan aktif kedua, secara separuh masa / part time). Melakukan lebih daripada dua kerja membuatkan kita rasa penat dan lelah.
Oleh itu, konsep MSI perlulah dilaksanakan pada pendapatan secara pasif.
Apakah contoh pendapatan pasif?
Banyak cara untuk mendapatakan pendapatan pasif. Saya pernah menghadiri Kolej Jutawan yang dianjurkan oleh Azizi Ali beliau telah menyenaraikan begitu banyak pendapatan pasif boleh dilakukan.
Ini apa yang saya dapat melalui Kolej Jutawan.
Menulis sebenarnya adalah satu cabang dalam menjana pendapatan pasif!
Saya tidak menyangka saya ‘dibayar’ untuk menulis pada hari ini.
Buat je apa sahaja. Asalkan konsisten, insha Allah benda seperti duit akan datang kepada kita. Sentiasa tanamkan niat yang baik bila melakukan apa sahaja.