Apa Beza Financial Advisor Representative (FAR) & Financial Planner Representative (FPR) – Perkongsian Afyan Mat Rawi

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Dalam dunia ini, apa yang konsisten adalah ‘perubahan’. Banyak perkara telah berubah, begitu juga dalam industri kewangan. Rata-rata hari ini kenal takaful, insuran dan amanah saham (unit trust) melalui ejen-ejen jualan.

Ada yang melabelkan diri sebagai penasihat perundingan kewangan, atau konsultan. Malah ada lebih dahsyat melabelkan diri sebagai Penasihat Kewangan iaitu Financial Advisor dan Perancang Kewangan (Financial Planner). Adakah itu dibenarkan?

Mari baca perkongsian oleh Tuan Afyan Mat Rawi, status beliau:

Tahukah anda, di Malaysia tidak sampai 500 orang yg berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti sebagai Financial Planner, dan tidak sampai 100 orang Melayu Muslim yg berdaftar?

Boleh semak maklumat ini di website Suruhanjaya Sekuriti, http://ers.seccom.com.my/public/

Di Malaysia, penggunaan istilah “Financial Advisor” dan “Financial Planner”, mempunyai undang-undang tersendiri dan ketat. 

Financial Advisor Representative atau FAR adalah title yg diperolehi apabila berdaftar dgn Bank Negara Malaysia manakala Financial Planner Representative (FPR) pula adalah yg berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC). 

FAR & FPR 001.jpg

Kelebihan kedua-dua kerjaya Financial Advisor dan Financial Planner ialah “independant” yakni tidak terikat dengan mana-mana institusi kewangan sama ada takaful / insurans dan unit trust. 

Bukan semudah menjadi ejen takaful / insurans atau ejen unit trust, terus claim diri sendiri sebagai Financial Advisor dan Financial Planner. 

Ia sebenarnya menyalahi undang-undang, cuma penguatkuasaan bergantung kpd aduan dari orang ramai dan awam juga tidak terdedah dengan perkara ini. 

Berbanding ejen takaful / insurans / unit trust biasa, Financial Advisor / Financial Planner akan memberi nasihat yg tidak bias kpd syarikat tertentu dan produk tertentu kerana mereka boleh engage dengan pelbagai syarikat. 

Memiliki sijil IFP, RFP, CFP tidak automatik menjadi FAR atau FPR. Perlu daftar dan ada prosedur tertentu. 

FAR & FPR 002.jpg

Saya bercita-cita menjadi perunding kewangan bebas sejak tahun 2009 dan berjaya menamatkan IFP pada tahun 2012. 

Selepas mengambil IFP baru saya tahu tentang prosedur tertentu utk menjadi seorang Financial Advisor / Financial Planner dan saya berusaha mencari mentor yg sesuai tetapi agak sukar. 

Serentak itu juga saya menubuhkan INFAQ Consultancy dengan mengambil pendekatan advisory yakni lebih fokus kpd khidmat nasihat kewangan berbanding product-pusher atau sales-oriented. 

Pendekatan ini memang sukar sementelah majoriti agen dan agensi dalam industri insurans / takaful dan unit trust lebih kepada product-pusher atau sales-oriented.

Jika Tuan-Puan baca tulisan-tulisan saya dan rakan Admin di FB Afyan Mat Rawi, IFP, FB Rahsia Takaful , FB INFAQ Consultancy, blog www.afyan.com, blog www.infaq.my dan www.rahsiatakaful.com, jarang-jarang-jarang kami promosi produk. 

Perkara sama saya latih dan kongsi kpd para perunding yg menyertai INFAQ. 

Antara cabaran pendekatan ialah kesedaran masyarakat Melayu Muslim tentang pengurusan kewangan yg rendah. 

Juga kebanyakan agensi dan agen lebih mudah menjual nama syarikat berbanding memberi khidmat nasihat melanggan produk kewangan dengan betul. 

Tambahan pula jumlah Financial Advisor dan Financial Planner di Malaysia tidak sampai 500 orang dan jumlah FA / FP dari kalangan Melayu Muslim pula 100 orang. 

Atas sebab itu juga hasrat saya utk menjadi Financial Advisor / Financial Planner sedikit terbantut sekalipun memiliki sijil IFP lantaran kesukaran mencari agensi dan mentor yg boleh membimbing saya. 

Sehinggalah tahun lalu, pada 2015 cita-cita ini menampakkan sinar apabila saya bertemu dgn Tuan Razwan Awaluddin, yg diperkenalkan oleh Tuan Coach Isa Berbisa. 

Tuan Razwan merupakan seorang Financial Planner berdaftar dgn Suruhanjaya Sekuriti. Boleh semak nama beliau dalam website SC. 

Dan sekarang sejak tahun lalu saya berguru dengan beliau utk mempersiapkan diri sebagai seorang Financial Planner berdaftar dan independant. 

Ia menjadi agak lancar memandangkan pendekatan saya selama ini yg mengutamakan konsep Planner dan advisory, tambahan pula sudah memiliki sijil IFP.

Jika ada kalangan rakan-rakan yg berminat mendalami ilmu ini dan berhasrat menjadi seorang Financial Advisor / Financial Planner bebas yg tidak terikat dgn satu syarikat sahaja, saya amat alu-alukan. 

Boleh mulakan sebagaimana saya mulakan melalui platform Single License Investment, utk pemasaran pelbagai produk pelaburan merentas 27 syarikat pelaburan di Malaysia. 

Lebih-lebih dari kalangan rakan-rakan dalam bidang servis kewangan insurans yg suka dengan pendekatan khidmat nasihat berdasarkan keperluan pelanggan, berbanding pendekatan jualan (sales-oriented) atau product-pusher.

Jika sudah mempunyai IFP, RFP atau CFP akan lebih mudah.

Jika mempunyai TBE, PCE, atau CUTE dan bercita-cita menjadi financial planner berdafatar, juga dialu-alukan.

Bagi yg tiada pengalaman tapi bersedia utk belajar, juga dialau-alukan utk bermula dari kosong.

Antara misi saya ialah utk melahirkan lebih ramai perunding dalam bidang servis kewangan pada masa akan datang, bukan sekadar salesman produk.

Yg penting, di mana ada kemahuan di situ ada jalannya.

 

Perkongsian ini boleh dibaca di laman Facebook beliau bertarikh 31 Julai 2016.

 

 

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s