Assalamualaikum dan selamat pagi.
Adalah satu kewajipan untuk seorang usahawan atau peniaga berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, mendapatkan kelayakan atau lesen berniaga di Malaysia. (malah ianya satu langkah untuk ‘declare’ cukai kepada pihak LHDN).
Membuka itu satu langkah, melakukan ‘renew’ itu juga satu langkah.
Kalau anda seorang ejen insuran, ejen takaful atau seorang perancang kewangan yang bertauliah seperti FPR (financial planner representative) atau FAR (financal advisor representative), anda kena mempunyai lesen berniaga.
Sebenarnya, langkah-langkah untuk mendaftarkan perniagaan anda boleh rujuk kepada pihak SSM (di laman web mereka secara terus).
Sebentar tadi, saya baru sahaja memperbaharui lesen perniagaan saya. Terbaiknya, mereka sudah mempunyai perkhidmatan online. Saya tidak perlu lagi untuk ke kaunter SSM, beratur sebegitu panjang semata-mata untuk ‘renew’ lesen perniagaan saya.
Mudah sahaja, segalanya sudah diterangkan di laman web SSM juga.
Jika anda malas beratus, perkhidmatan KIOSK juga boleh didapati untuk urusan ‘renew’.
Oh ya. Sentiasa ingat ‘tarikh lahir’ perniagaan anda. Maksudnya, perlu ingat tarikh bila perlu untuk ‘renew’ lesen perniagaan anda. Jika tak, anda boleh dikenakan kompoun sehingga RM50,000!
Saya lewat 5 hari, nasib baik saya hanya dikenakan kompoun sebanyak RM20 je. RM20 pun, saya boleh belanja kawan makan.