Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Pelaburan amanah saham atau bahasa popular di kalangan kita, unit trust adalah perkara kerap dibincangkan di atas meja makan. Pengaruh ejen unit trust yang semakin ramai adalah bagus dengan menyedarkan masyarakat tentang kepentingan melabur.
Kerana nilai setitik rosak susu sebelanga.
Kerap juga ada melaporkan mereka melabur tidak dapat pulangan sepatutnya. Bila diselidik, rupanya ‘expectation’ yang telah diberi ejen-ejen unit trust tinggi menyebabkan rasa kecewa bila dapat pulangan yang rendah.
Sebenarnya, sebagai seorang pelabur kena bijak membaca propektus, terutama apakah itu Annualized Return dan Total Return.
Secara amnya;
Total Return adalah pertambahan sejak hari pertama pembukaan dana pelaburan. Biasanya selepas 5-10 tahun boleh jadi beratus-ratu peratus pulangan! Ingat, nilai ini kurang membantu dalam melihat bagusnya dalam pemilihan dana.
Annualized Return adalah nilai sebenar pulangan setiap tahun. Nilai ini yang biasa kita lihat dan mahu tahu. Kerap juga ingin membandingkan dana ini dengan ASB atau TH, sebaiknya lihat Annualized Return.
Di sinilah banyak kekeliruan berlaku atau salah faham penerangan.
Saya juga pernah melihat perkara yang sama. Saya memberi contoh:
- Tahun 2011 RM1 seunit.
- Tahun 2012 RM0.50 seunit.
- Tahun 2013 RM1.50 seunit
- Tahun 2014 RM2.00 seunit.
Di sini kalau ingin mengira Total Return, adalah 100 peratus (dari RM1 jadi RM2). Ini betul.
Untuk annualized return, ada yang membuat sebegini;
Total Return / Berapa Tahun. Untuk kes ini, 100 bahagi 4, bermaksud 25%!
Woo, ada dana memberi pulangan 25%!
Ini lagi scam dari scam.
Penerangan ini adalah ilham penulisan Hafiz Rashid.
Ini adalah apa perkongsian beliau di Facebook.
Betul ke Percentage Return Unit Trust ni ?
Selalu bila kita nak melabur dalam unit trust , kita terlalu banyak sangat dipengaruhi oleh percentage return.
Ada yang cerita 10% la dana ni boleh bagi 12% la lepas few years bagi 17% la dan macam2 percent lagi yang diceritakan. Yang 20% pun ada tau.
Sebenarnya , return unit trust yang standard diguna pakai ialah annualized return.
Kesilapan yang paling bahaya dan common sangat ialah ambil total return bahagi tahun return. Wah..memang la nampak % banyak. Lepas tu claim annualized return. Banding pulak dengan return A*B.
Contoh di bawah total returm 10 years ialah 91.78%. Dia terus bahagi 10 tahun juga jadila 9.178% lepas tu claim annualized return. Banyak tu 9.178% kalah A*B.
Amboi amboi amboi senang betul kerja nya.
Sepatutnya ambil je la 10 years annualized return 6.72% je.
Nampak sikit tapi itulah hakikat pulangan unit trust yang sebenarnya.
Ada beza ya total return dan annualized return.
Tak tau kira rujuk je la Bloomberg. Janji jangan silap info.
Mudah kan?
Kalau silap tegurlah saya.