PRS Private Retirement Scheme : Opsyen Untuk Golongan Muda Menyimpan Untuk Persaraan

Assalamualaikum dan selamat pagi.

PRS atau nama panjang, Private Retirement Scheme adalah salah satu opsyen pelaburan demi mencapai matlamat kewangan jangka masa panjang iaitu untuk dana persaraan.

Di Malaysia, soal berkaitan PRS di selenggara dan dikawal oleh badan seperti PPA, iaitu Private Pension Administrator. Anda boleh rujuk laman web mereka di sini. Private Pension Administrator.

Menurut laman web PPA, PRS adalah;

Simpanan jangka masa panjang secara sukarela dan skim pelaburan dikhaskan untuk membantu membina dana persaraan. PRS adalah satu lagi pilihan rakyat Malaysia, samada bekerja mempunyai majikan atau bekerja sendiri untuk simpanan persaraan, dimana mempunyai struktur tersendiri dan dibawah perundangan tertentu.

Adib Yazid Private Retirement Schemes - PRS.jpg

Pilihan dana pelaburan PRS bergantung kepada keperluan, matlamat dan risiko individu tersebut. Manakala PPA, adalah memastikan kepentingan pelabur dijaga dengan baik dari segi pulangan pelaburan dan sentiasa mematuhi perundangan negara.

Kesemua ini adalah untuk menepati objektif Malaysia hendak mencapai negara berpendapatan tinggi.

Negara berpendapatan tinggi mestilah sebuah negara yang memandang tanggungjawab memastikan tugas sosial dijaga. Salah satunya adalah memastikan setiap pesara mempunyai dana persaraan yang mencukupi.

PRS adalah salah satu projek di bawah transformasi ekonomi negara, mempunyai objektif untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia ketika persaraan dengan penambahan simpanan kepada dana persaraan.

Tambahan menurut PPA, ada enam sebab kenapa kita perlu mula melabur di PRS:

  1. Memang Khas Untuk Persaraan. Tujuan PRS itu wujud adalah untuk menambahkan sumber pendapatan ketika memasuki usia persaraan.
  2. Mampu Untuk Melabur. Permulaan melabur tidak membebankan dan 10 peratus daripada sumber pendapatan adalah minima.
  3. Pelaburan Mudah. Ianya pelaburan ringkas dan pilihan dana yang mengikut umur dan kesesuai profil risiko pelabur.
  4. Akses Mudah Pengetahuan. Contohnya seperti PPA, boleh membantu kita memberi input-input pengetahuan sebelum melabur.
  5. Kawalan Yang Rapi. PRS dikawal oleh SC (Security Commisioner) dimana tertakluk di bawah akta-akta tertentu (CMSA: Capital Markets & Services Act 2007).
  6. Manfaat Cukai & Orang Muda. Manfaat cukai RM3,000 untuk pelabur dan penambah insentif pelaburan RM1,000 kepada pelabur muda. (Tertakluk kepada syarat)

 

Oleh itu, kalau dengar pasal PRS, ianya bukan skim cepat kaya atau MLM. Ia adalah pelaburan yang benar dan sebagai opsyen tambahan untuk mencapai matlamat kewangan persaraan.

Gunakan peluang, jika anda berumur bawah 30 tahun melabur segera di PRS. Banyak manfaat boleh diterima.

Sebarang pertanyaan mengenai PRS (apa jua dana dan prestasi dana), boleh telefon saya di o19 – 366o319.

Adib Yazid

 

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s