SOALAN
Salam tuan Adib, pertama sekali, saya minta maaf tiba-tiba mesej tuan. Saya dapat nombor tuan daripada blog tuan.
Nama saya Fizi, dan saya ingin ajukan satu soalan pada tuan berkenaan pelaburan Unit Trust melalui KWSP.
Pada pendapatan dan kebijaksanaan serta pengalaman tuan, untuk pelaburan menggunakan KWSP, matlamat saya ialah mendapatkan pulangan yang lebih tinggi daripada KWSP ketika bersara nanti. Apakah sektor dana yang sesuai? Apakah ianya ekuiti atau ‘balance’?
Apakah unjuran pulangan selama 5 tahun boleh digunapakai dalam menentukan pemilihan dana? Atau ada unsur-unsur lain yang harus dilihat?
Harap tuan dapat memberikan sedikit info. Lupa, saya berusia 35 tahun.
Terima kasih banyak-banyak. Semoga Allah membalas jasa baik tuan.
JAWAPAN
Wasalam. Terima kasih baca blog saya.
Pada pandangan saya, matlamat tuan dah jelas. Melabur di Unit Trust menggunakan dana KWSP akaun 1, untuk mendapatkan pulangan yang lebih tinggi – ini adalah tujuan utama kenapa kita dibenarkan mengeluarkan sebahagian duit KWSP, dilaburkan ke Unit Trust.
Sektor dana yang hendak dipilih, sangat bergantung tiga faktor utama.
1. Matlamat. Ini sudah jelas, matlamat hendak lebih daripada KWSP. Ianya perlu lebih daripada 6-7%. Perlu lihat apakah dana yang memberi pulangan (annualized return) lebih daripada 6-7%. Di sini, ada dua dana berpotensi. Samada, ‘balance’ atau ‘ekuiti’. Dana bon / sukuk / money market, tidak sesuai kerana pulangan dana ini dalam linkungan 4-5%. Dana ‘balance’ boleh beri sekitar 6-7%. Manakala dana ekuiti boleh beri potensi lebih 7%.
2. Horizon masa. Individu yang menggunakan duit KWSP, sudah jelas ianya untuk persaraan. Ianya adalah pelaburan horizon masa jangka masa panjang. Sebelum melabur apa-apa, kita perlu tahu ‘exit plan’. Bila kita hendak berhenti melabur atau memakai duit pelaburan kita. Umur tuan sudah 35 tahun. Duit KWSP ini, boleh pakai umur 55 / 60 tahun. Katakan saya ambil umur 55 tahun tuan akan bersara. Bermaksud, tuan ada 20 tahun horizon masa melabur. Dalam horizon masa yang panjang ini, kitaran ekonomi boleh dirasai lebih 2-5 ‘cycle’. Dana ekuiti lebih kepada marathon. Adalah lebih baik memilih dana ekuiti, kerana tak mahu hilang peluang pelaburan (opportunity risk).
3. Risiko pelaburan. Ini adalah mengenai profil risiko tuan sendiri. Kalau risau hilang RM1 daripada pelaburan, sebaiknya pilih dana bon / sukuk / money market. Malah, saya suggest sahaja letak dalam KWSP, tak perlu buat pelaburan UT menggunakan dana KWSP. Jika tuan, bersedia kehilangan duit dalam ekonomi yang perlahan / pasaran lembap, kerana tuan percaya 15 tahun akan datang akan memberi keuntungan – dana ‘balance’ / dana ekuiti adalah potensi untuk tuan.
Ada lagi unsur-unsur yang perlu tahu. Saya beri contoh;
1. Di mana sektor pelaburan dana tersebut. Ini perlu mendalami propektus setiap dana. Melabur di sektor teknologi hari ini lebih baik berbanding sektor minyak dan gas. Ini contoh.
2. Melabur dalam negara atau luar negara. Dalam negara, banyak faktor mempengaruhi pasaran. Dikhabarkan, 2018, pasaran Asia Pasifik adalah pasaran baik untuk pelaburan. Ada fund manager mencadangkan mengambil dana yang mempunyai portfolio pelaburan Asia Pasifik.
3. Caj-caj. Lihat caj dikenakan. Kalau caj tinggi sangat pun tak bagus. Kebiasaannya, menggunakan KWSP, caj adalah lebih kurang sama. Perlu lihat setiap company UT yang hendak dilaburkan.
Saya tertarik soalan tuan.
“Apakah unjuran pulangan selama 5 tahun boleh digunapakai menentukan pemilihan dana?”
Berbalik poin di atas, ini untuk horizon jangka masa panjang. Ini untuk persaraan. Bermaksud adalah lebih relevan melihat unjuran pulangan 5 tahun (annualized return). Ini juga bergantung pada strategi tuan.
Adakah tuan ingin lebih aktif, dalam pelaburan UT. Banyak aktiviti sell & buy, sepanjang 20 tahun sebelum persaraan? Jika Ya, lihat unjuran pulangan 3 tahun. Kalau tuan, strategi lebih pasif. Buy & hold, pegang selama 2-3 tahun. Jika rugi, switch. Jika untung, maintain. Lebih baik lihat unjuran 5 tahun. Lebih praktikal dan stabil.
Strategi setiap Financial Planner berbeza. Saya lebih menggunakan pendekatan 2-3 tahun pertama, letak di pelaburan untuk cover caj-caj dikenakan. Selepas itu, buat keuntungan. Awal-awal buat benchmark. Benchmark saya sama seperti tuan, mesti lebih daripada pulangan KWSP. Jika lebih, maintain. Jika tidak atau sama sahaja, redeem ke KWSP dan pilih dana yang lebih beri pulangan.
Harap jawapan saya membantu tuan.
Saya adalah seorang Financial Planner Representative, di bawah lesen Security Commisioner (SC). [Nombor lesen saya: eCMSRL/B7575/2017[.
Ini membenarkan saya mengakses pelbagai produk kewangan selain insuran / takaful.. Antaranya,
(1) Unit Amanah (Unit Trust) – KWSP / EPF
(2) Unit Amanah (Unit Trust) – Wrap Account, Zero Fees*, No charge for rebalancing/switch
(3) Private Retirement Scheme (PRS)
(4) Private Managed Account (Share)
(5) Private Managed Account for Retirement (Share investment using KWSP/EPF)
(6) Private Managed Account for Retirement (ETF investment using KWSP/EPF)
(7) Global Wrap Account & Futures
(8) Money Market Fund
Untuk siapa yang hendak meningkatkan potensi pelaburan ke tahap optimum, boleh hubungi saya.
Adib Yazid
Financial Planner Representative (SC)
ShRFP (MFPC), IFP (IBFIM)
Securities Commission License No: eCMSRL/B7575/2017
Email: adibyazid8282@gmail.com
H/P: 019 366 0319
*********************
Senarai syarikat Unit Amanah (Unit Trust) dan PRS yang boleh diakses.
[UNIT AMANAH]
- Aberdeen Islamic Asset Management Sdn. Bhd.
- Affin Hwang Asset Management
- Amanah Mutual Berhad
- AmanahRaya Investment Management Sdn. Bhd.
- AmFunds Management Berhad
- Amundi Malaysia Sdn Bhd
- BIMB Investment Management Berhad
- CIMB-Principal Asset Management Berhad
- Eastspring Investments Berhad
- Franklin Templeton Asset Management (Malaysia) Sdn Bhd
- Franklin Templeton GSC Asset Management Sdn Bhd
- Inter Pacific Asset Management Sdn Bhd
- KAF Investment Funds Berhad
- Kenanga Investors Berhad
- Libra Invest Berhad
- Manulife Asset Management Services Berhad
- Maybank Asset Management Sdn Bhd
- MIDF Amanah Asset Management Berhad
- Nikko Asset Management Asia Limited
- Opus Asset Management Sdn Bhd
- Pacific Mutual Fund Berhad
- PMB Investment Berhad
- Pheim Unit Trusts Berhad
- Phllip Mutual Berhad
- Phillip Capital Management Sdn Bhd
- RHB Asset Management Sdn Bhd
- RHB Islamic International Asset Management Sdn Bhd
- TA Investment Management Berhad
- UOB Asset Management (Malaysia) Berhad
[PRS]
- Affin Hwang Asset Management
- AIA Pension & Asset Management Sdn Bhd
- AmInvestment Service Berhad
- CIMB-Principal Asset Management Bhd
- Kenanga Investors Berhad
- Manulife Asset Management Service Berhad
- RHB Asset Management Sdn Bhd