Soalan: Pinjaman Peribadi, kalau tinggal Prinsipal, patut ker buat ‘lump sum’ pembayaran?

151028_ADV_HowFinancialPlanner

Soalan:

Pinjaman peribadi bernilai RM145,000 dengan kadar tetap 3.9% (tambah insuran semua), pinjaman selama 20 tahun. Jumlahnya, kira-kira RM260,240.

Lepas 5 tahun, kalau minta untuk ‘full settlement’, bank akan beri ‘quote’ baki kena bayar adalah RM136,000 (lebih kurang).

Ikutkan, duit dah keluar selama 5 tahun untuk bayar semula pinjaman, RM65,160. Prinsipal dibayar untuk tempoh 5 tahun sebelum ini, hanyalah RM8,000 sahaja. Jumlah ‘interest’ yang sudah dibayar selama 5 tahun ini adalah RM57,000.

Baki ‘interest’ yang masih perlu dibayar adalah; RM260,000 – RM145,000 – RM57,000 = RM58,000.

Persoalan nak ditanya;

  1. Perlu atau tidak saya buat ‘full settlement’? Rasa boleh jimat RM60,000 pada ‘interest’ tapi kalau tengok angka di atas, dah bayar hampir separuh jumlah ‘interst’ dalam tempoh suku pertama tempoh pinjaman.
  2. Nampak macam merugikan kalau buat teruskan pembayaran macam biasa. Sebab apa, sebab sebahagian besar duit akan pergi bayar ke prinsipal selepas ini (selepas bahagian ‘interest’ sudah dibayar).

Pandangan peribadi, lebih baik teruskan pembayaran ‘loan’. Ada duit tunai yang ada di tangan, boleh halakan ke tempat lain (pelaburan, contohnya). Selalu baca ‘post’ pasal penyelesaian hutang, kenapa perlu buat ‘full settlement’, sebab secara peribadi nampak macam merugikan.

Nak minta pandangan sifu.

 

Pandangan:

Pertama sekali, anda perlu faham ‘nature’ sebuah pinjaman atau pembiayaan peribadi. Kalau anda faham, anda sudah tahu apa itu baki prinsipal dan baki bunga (interest) atau caj.

Periksa dahulu ‘cashflow’ anda (aliran tunai).

Adakah aliran tunai dalam keadaan mendesak?

Kalau ‘cashflow/ sekarang tak mendesak, dan boleh buat bayaran pinjaman ini sehingga tempoh pembayaran. Tak ada masalah. Teruskan. Kalau ‘cashflow’, cukup-cukup makan. Nak menyimpan pun payah, kena buat sesuatu. Atau, dah hampir dengan usia persaraan, tindakan drastik kena buat. Pembayaran penuh (full settlement) adalah caranya.

Kalau umur baru sahaja 30 tahun, teruskan ‘serve the loan’ – ini hanya cadangan. Kalau ada duit lebih, selesaikan la. Lebih baik guna kapasiti buat hutang untuk hutang yang baik (property, asbf, od etc) berbanding buat pinjaman peribadi.

 

Penafian. Ini hanya pandangan peribadi semata-mata. Sebab nak buat benda ini kena perlu tahu perkara lebih terperinci, banyak perkara.

Adib Yazid, seorang perancang kewangan (Financial Planner Representative) di bawah lesen Securities Commisioner. Untuk mendapatkan khidmat perancangan kewangan boleh menghubungi melalui o19-366 o319 atau email, adibyazid8282@gmail.com

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s