20221208 – Setiap Insan Mempunyai Penjara Sendiri

Drama Dark di Netflix adalah drama yang bagi aku giler. 1899 pula adalah drama baru daripada pengarah yang sama. Baru seminggu lepas aku memulakan nak layan 1899.

Mem dah tanya aku best ke tidak drama ini. Aku cakap, best tapi mesti tak suka. Haha. Sampai episod 3 dah ajak tengok cerita lain. Adan uke.

Bila aku tengok drama ini, dia kena perhati 360 darjah. Apa dia pakai. Apa imej di belakang dan percakapan (dialog) mereka. Ada intipati.

Aku suka ayat mengatakan setiap orang ada definisi ‘penjara’ sendiri. Merujuk kepada burung yang terbang, burung itu juga mempunyai ‘penjara’ sendiri. Maksudnya, apa itu?

Definisi penjara dalam drama ini merujuk skop roles kita dalam kehidupan yakni di dunia ini. Burung akan buat kerja burung. Burung tidak akan buat kerja manusia. Sebaliknya begitu juga, manusia tidak akan buat kerja burung. Kita buat kerja kita. Kita lakukan apa yang kita patut lakukan.

Jadi sebagai manusia, buatlah apa yang sebagai manusia patut buat. Apa dia? Cari. Dalam nas Quran itu ada. Itu sebaik-baik rujukan, kan?

Pasal burung ini, dulu bos aku selalu bagi motivasi kerja berkaitan dengan burung. Paling aku ingat adalah pasal burung bangun pagi.

Burung sentiasa bangun pagi. Keluar awal pagi. Cari cacing (atau makanan) untuk anak burung. Adakah burung merungut? Tidak. Adakah burung merungut bangun pagi? Tidak. Burung lakukan apa yang seekor burung perlu lakukan – survive. Jadi, tak malu dengan seekor burung?

Ayat bos aku selalu bagi ini, menjadikan aku tak hairan nak bangun seawal 5 pagi. Bak kata omputih:

“The early birds get the fresh worm…”

Tapi, idiom ini sebenar tak lengkap kalau tak baca sampai habis. Jadi, aku lengkapkan.

“…but, the second mouse gets the cheese.”

Ya, memang kena bertindak awal untuk dapatkan apa yang kita mahu dalam kehidupan. Setiap peluang, kita jadi pertama yang rebut. Tapi, masih ada elemen berhati-hati. Tikus yang tanpa akses dan perhati sekeliling, terlupa ada perangkap sedang pasang di sebalik keju. Biarlah orang lain gopoh. Bukan kita.

Aku dah layan 4 episod 1899. Kadangkala, aku agak kagum dengan kemampuan otak mereka untuk mengolah cerita tahap mind-blown.

Mungkin, mereka selalu libatkan diri dalam kebosanan kot. Ya, bila kita bosan, itulah titik mula kita bakal jadi jadi kreatif. Contoh, berak dalam tandas. Kah!

Ps: Aku tak menulis ini dalam tandas, taw!

Kebosanan Mencipta Kelainan

Leave a Comment