20221208 – Buang Sampah Untuk Bersih, Menulis Adalah Terapi Buang ‘Sampah’ Dalam Kepala

Setiap orang ada masa 24 jam berharga. Kita akan mula menggunakan otak bila kita bangun tidur – kuantiti ubat gigi, kekuatan air pancur, pakaian apa mahu dipakai dan lain-lain. Juga, kita tidur pun menggunakan sebahagian otak – mimpi menggunakan sebahagian akses memori lama.

Bagaimana nak asah bakat menulis (merapu atau berstruktur)?

Ayat Quran yang pertama: Baca. Baca, baca dan membaca. Bila hendak menulis kita perlukan kosa kata. Seterusnya cara olahan kosa kata yang dicantumkan dengan baik – maka jadilah ayat yang cukup sifatnya. Inilah asas menulis.

Hendak mempunyai ayat yang bombastik haruslah sudah dibiasakan dengan tatabahasa yang pelbagai. Malah, olahan susun atur bahasa boleh didapati dari bacaan pelbagai penulis.

Ya, dengan membaca tajuk yang pelbagai boleh memberi idea yang bersimpang siur tanpa putus. Idola aku, Charlie Munger yang mengamalkan amalan membaca selain topik yang dia sudah biasa. Kau hebat bab masak? Baca buku pasal sukan. Kau selalu baca fiksyen? Baca pula buku bukan fiksyen. Kau suka baca buku kewangan? Cuba minat baca soal sejarah dunia.

Bila buat begini, idea kau meluas. Cuma sinilah perangkap yang kau kena berhati-hati: menulis tanpa batas dan struktur. Penulisan terlalu liberal sebenarnya sangat bahaya. Penulisan tanpa merujuk sumber, nanti kita jatuh dalam confirmation bias atau kita rasa kita je betul; palatao.

Aku mula belajar penulisan berstruktur bila aku menyambung pelajaran dalam peringkat sarjana (master). Setiap ayat dan lontaran idea, mesti ada rujukan. Bukan main taram. Kalau setiap ayat ada rujukan, maka tingkatlah kredibiliti penulisan itu.

Cuma kena tahu medium pembaca. Dalam blog ini, takkan setiap ayat aku kena buat cross-check. Nanti di-labelkan penulisan terlalu akademik. Mana keseronokan membaca dan menulis? Jadi, seimbangkan dalam penulisan peribadi.

Seronok perlu ada. Jika fakta dilontarkan, buatlah bacaan tambahan atau serta rujukan secara indirect.

Jadi wadah blog ini sebenarnya ibarat ‘tong sampah’ dalam kepala aku. Mungkin aku dikategorikan sebagai over-thinking. Bahaya sebenarnya, nanti terbawa-bawa ke tidur. Tak boleh tidur satu hal. Tidur lewat. Badan penat. Bila penat, senang sakit. Sakit pula berpanjangan. Waduh, kena rawat. Macam-macam lagi.

Aku cuba rutin menulis ini ke tahap dulu. Sehari satu cerita. Isnin hingga Jumaat. Setiap pagi. Sabtu dan Ahad adalah bonus.

Semua ini adalah coretan daripada percakapan, persalaman dan perjalanan samada joging, naik kenderaan awam, tumpang e-hailing atau memandu (mengelamun).

Jangan pelik. Dalam ini aku banyak menulis. Di luar aku kurang bicara. Sebab aku selesa membiarkan jari-jari menari di atas Qwerty, berbanding bibir basah omong yang bukan-bukan. Kah!

Ps: Aku tak ada buat re-check. Idea keluar, aku duduk, aku taip dalam masa 10-15 minit. Lepas itu, aku tekan publish. Typo? Peduli apa. Bukan aku nak hantar ke cikgu bahasa.

Kebosanan Mencipta Kelainan

Leave a Comment