20230303 – ‘Sunk Cost Fallacy’: Adakah kata alang-alang menyeluk pekasam jatuh dalam Fallacy ini?

Pernah kita tengok wayang yang digambarkan melalui trailer yang dikatakan bagus. Lalu kita beli tiket.

Duduklah dalam seat wayang. Tangan sedia di bertih jagung. 5 minit pertama. Okay. 20 minit kedua. Okaylah. Sampai tengah, fuh, filem palat.

Tapi kita tak terus keluar. Hati kita dah berkata, alang-alang dah separuh tengok, kita kena habiskan. Duduklah dalam wayang itu. Menyumpah tapi kekal tonton.

Benda ini juga kerap berlaku dalam dunia korporat. Apabila pihak pengurusan dah letak amaun kewangan yang besar dalam satu projek, dijangka siap dalam 3 tahun.

Bila dah separuh jalan, 1.5 tahun, untung masih tak kunjung tiba. Ikutkan prinsip yang betul, sepatutnya pengurusan perlu hentikan projek apatah lagi projek tersebut menyebabkan syarikat korporat dah ‘berdarah’.

Sebabkan perkataan ‘alang-alang’ dah separuh, terpaksa teruskan. Alamatnya, rugi lebih berkali ganda-ganda.

Ini adalah contoh ‘sunk cost fallacy’. Kisah popular pasal ‘fallacy’ adalah kisah kapal terbang Concorde. Cuba baca nanti.

Sebenarnya aku cuma nak re-visit balik pasal ‘sunk cost fallacy’, sebab dalam drama Better Call Saul, dua musim pengarah ini bermain dengan tajuk ini.

Dah lama tak menari jejari di kekunci Qwerty.

Kebosanan Mencipta Kelainan

Leave a Comment