20230331 Berapa nilai sejam? Fahami ini dan belajar untuk delegasi.

Pernah tanya berapa diri anda di bayar untuk sejam?

Kira dulu.

Andaikata, berdasarkan pengalaman, nilai diri anda sejam adalah RM50.

Suatu hari, air tiada di rumah. Kau perlu basuh baju di kedai dobi kendiri. Jika kau bawa baju dari rumah, kau angkat baju ke kereta. Kau bawa kereta. Sesak jalan. Lepas itu, bayarlah dobi dan pengering – RM20. Habis sejam kau berada disitu – menunggu.

Jika ada orang datang; “Aku ambil upah, semua RM50 untuk basuhkan baju, pergi dan pulang. Boleh ker kau bayar aku?”

Minda biasa, niat nak jimat. Kau mahu buat sendiri. Jimatlah RM50. Tapi masa kau dah digunakan di situ. Walhal, kau tahu kalau kau delegasi – masa itu kau boleh kerjakan sesuatu untuk bawa RM50, atau lebih produktif.

Jadi inilah konsep ‘leverage’.

Kebosanan Mencipta Kelainan

Leave a Comment