Tips dan Panduan Ringkas Memilih Kad Perubatan Takaful/Insurans – Bahagian I

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Alhamdulillah, seperti saya kata sebelum ini kesedaran terhadap kepentingan insurans/takaful sudah ada. Tapi masih belum berada pada keadaan sepatutnya, selagi ada yang masih meminta di dada akhbar, selagi itu Malaysia dikategorikan sebagai ‘under insured’.

Adib Yazid Kad Perubatan Takaful:Insurans

Semalam saya terbaca sebuah artikel ringkas mengenai ‘Panduan Ringkas Memilih Kad Perubatan Takaful/Insurans’. Saya rasa bersalah kalau tidak kongsi bacaan ini bersama.


Artikel ini adalah rentetan daripada beberapa persoalan yang paling kerap diajukan berkenaan kad perubatan insurans/takaful, antaranya ‘Apa kad perubatan (medical card) yang paling bagus?’

“Syarikat XYZ mempunyai perlindungan RM1 juta, tentu lebih bagus daripada kad perubatan takaful ABC yang hanya RM500K, bukankah begitu?” “Apa beza kad perubatan stand alone dengan kad perubatan sebagai rider?””

Secara umumnya, untuk membuat perbandingan kad perubatan, perlu dibuat perbandingan terhadap dua perkara iaitu faktor produk dan faktor pelanggan. Dengan perbandingan adil ‘apple to apple’ perkara ini, barulah kita dapat membuat perbandingan yang adil di antara produk-produk yang ada di pasaran.


FAKTOR YANG DIAMBIL KIRA DALAM PERBANDINGAN KAD PERUBATAN

Faktor Produk

  1. Jumlah sumbangan/premium – jumlah perlindungan yang sama, tapi jumlah sumbangan/premium yang berbeza.
  2. Ko Takaful/Ko Insurans atau tidak (contoh: Perlindungan Penuh) – ada produk kad perubatan yang ko-takaful iaitu pelanggan perlu membayar 10% daripada jumlah kos rawatan.
  3. Sebagai rider atau stand alone – kad perubatan sebagai rider dicantumkan dengan produk asas.

Faktor Pelanggan

  1. Keperluan pelanggan – adakah anda perlu perlindungan sehingga RM 1 juta?
  2. Kemampuan kewangan pelanggan – ada orang yang mampu untuk melanggan RM100 sebulan, ada yang mampu sehingga RM500 sebulan, ada ada juga yang tidak.
  3. Perlindungan sedia ada – perlindungan lain untuk kematian, lumpuh, kemalangan penyakit kritikal perlu turut diambil kira, dan mungkin sudah ada kad perubatan daripada syarikat.

ANALOGI KAD PERUBATAN DENGAN KERETA

Semua faktor ini akan menjadikan perbandingan yang adil. Untuk memudahkan gambaran, kita buat perbandingan Kancil dan BMW. Memang tidak dapat dinafikan BMW jauh lebih baik secara zahirnya daripada Kancil, namum dengan mengambil faktor harga kereta, harga insurans, harga cukai jalan, penggunaan petrol, kos penyelenggaraan, dan lain-lain, adalah tidak adil untuk katakan BMW lebih baik daripada Kancil dan ia sesuai untuk semua orang kerana Kancil tetap ada kelebihannya yang tidak ada pada BMW.

BMW ada class-nya tersendiri. Ia jauh lebih selesa daripada Kancil. Tetapi padanlah dengan harganya, mungkin boleh membeli 10 ekor Kancil! Namum, Kancil pun ada kelasnya yang tersendiri, bukan? Dengan membeli sebuah Kancil, seorang dapat berjimat 90% daripada memberi BMW yang dapat digunakan untuk membeli keperluan lain. Jadi, kesimpulan awal yang boleh buat, tidak semua orang perlukan BMW dan jangan memandang remeh dengan Kancil.


PERTIMBANGAN MEMILIH KAD PERUBATAN

Berikut adalah beberapa pertimbangan dan penilaian terhadap produk kad perubatan yang ada di pasaran, tanpa merujuk kepada mana-mana produk dan syarikat secara khusus.

Stand Alone VS Rider

Kad perubatan ‘stand alone’ merujuk kepada produk kad perubatan sahaja tanpa sebarang produk lain yang perlu dilanggan bersama. Kad perubatan ‘rider’ pula merujuk kepada kad perubatan yang dipakej bersama produk-produk asas.

Kad perubatan sebagai rider, walaupun lebih mahal berbanding stand alone, tapi harganya setara sehingga tempoh matang, berbanding dengan kad perubatan stand alone yang akan meningkat dalam tempoh umur 5 tahun sekali.

Apabila membandingkan harga kad perubatan stand alone, banding harga secara spesifik kad perubatan sahaja dan bukan kad perubatan bersama produk asas supaya dapat membuat penilaian yang adil.

Sebagai contoh kad perubatan stand alone berharga RM100 dengan kad perubatan rider dengan harga RM200, nampak sekali imbas bahawa kad perubatan stand alone lebih murah.

Tapi jika diperincikan, rupa-rupanya kad perubatan rider yang berharga RM200 tadi adalah terdiri dari produk asas RM100 dan produk medical card RM100. Jadi, kedua-dua kad perubatan itu adalah sama harganya. Ini sekadar contoh sahaja.

Memandangkan produk kad perubatan rider dilanggan bersama produk asa, maka apabila produk asas tamat maka kad perubatan juga akan tamat. Sebagai contoh jika, pelanggan lumpuh maka polisi akan tamat, kedua-dua produk asas dan rider kad perubatan (kecuali jika letak rider lain membuatkan polisi tidak tamat)

(bersambung)


(Bacaan Majalah Niaga Edisi ke 29, oleh Afyan Mat Rawi)

Selepas ini, akan bersambung di entri lain mengenai Ko-Takaful/Ko-Insurans dan Had Perlindungan (Tahunan/Seumur Hidup)

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Advertisement

2 Comments

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s