Sesi One-On-One : Portfolio Kewangan Jutawan Senyap & Malas Fikir.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, semakin hari ada ramai mula bertanya tentang kewangan kepada saya, selain perihal insurans / takaful sahaja. Walaupun saya belum seorang perancang kewangan bertauliah (RFP ke, IFP ke, CFP ke) – ada rakan-rakan, mula bertanya tentang bagaimana menguruskan kewangan.

Sesi One-One-One: ‘Case Study’, menguruskan kewangan lelaki berumur 55 tahun.

Simple-simple, guna apa yang saya tahu.

Ini apa yang diberitahu oleh adik beliau.

Seorang lelaki, berumur 33 tahun. Mempunyai pendapatan RM38,000 sebulan. Komitmen – termasuk hutang-hutang dan perbelanjaan adalah sekitar RM10,000. Senang cerita hampir setiap bulan menyimpan RM20,000 sebulan!

Portfolio pelaburan adalah seperti berikut:

  • Tabung Haji – RM300,000 (solid)
  • KWSP – RM300,000 (akaun dua rasanya)

Bahagian liabiliti adalah seperti berikut:

  • Rumah (yang diduduki) – RM280,000 (baki hutang)
  • Kereta – RM60,000 (baki hutang)

Menurut apa yang diceritakan oleh adik beliau, abang dia sedang berfikir-fikir apa nak buat lagi selain menyimpan di Tabung Haji. Saya telah bertanya usia yang mahu dia bersara -jawapannya adalah 45 tahun. Tambahan lagi, tahu bahawa hartanah boleh membawa keuntungan – tapi mempunyai profil risiko yang rendah (bukan agresif).

Jenis tak mahu pening kepala dengan penyewa, tak nak tengok turun naik saham, tak nak instrumen pelaburan yang kena belajar. Senang cerita, nak letak duit pada beberapa tempat dan ‘enjoy’ dividen sahaja.

Selepas beberapa ketika, saya buat cara sangat ‘simple’ (tapi sukar dilakukan jika tiada displin) :

#1. Cipta dana kecemasan (emergency fund) sehingga RM500,000. 

Kenapa RM500,000? Sebab untuk 12 kali dari pendapatan sebulan, iaitu RM456,000 (RM38,000 x 12 bulan). Ini untuk menguruskan risiko andaikata syarikat beliau bekerja akan memecat beliau atau beliau bersara dan mahu melakukan bisnes. 12 bulan adalah terbaik.

#2. Urus hutang-piutang.

Komitmen sebulan RM10,000 – kalau boleh dikurangkan. Terbaik, beliau memfokuskan untuk menghapuskan hutang rumah RM280,000. Opsyen yang beliau ada adalah menggunakan wang EPF (akaun dua), bonus (jika ada) mengurangkan hutang sekaligus pada masa akan datang akan dapat lebihan RM1,900 sebulan.

Duit lebihan ini untuk langkah ketiga.

#3. Sentuhan ‘the first million’.

Teruskan menyimpan di dana kecemasan (iaitu meletakan di Tabung Haji). Kalau meneruskan simpanan sebulan RM20,000 – dengan menggunakan kalkulator financial, insha Allah dalam masa 4 tahun akan mencecah nilai jutaan pertama.

Secara psikologi, ianya satu ‘achievement’ yang besar.

#4. Pendapatan pasif, setahun RM120,000.

Kalau waktu ini sudah mencecah RM1,000,000 di dana kecemasan – dengan peratus dividen 7%; akan dapat RM70,000 setahun. Target adalah Rm120,000. Mana nak cipta baki lagi pendapatan pasif RM50,000?

Ikut gaya risiko kewangan beliau, dan mahukan pelaburan shariah sahaja – saya mencadangkan beberapa tempat instrumen pelaburan yang mengekalkan modal dan tiada caj. Opsyen untuk teruskan pelaburan di Tabung Haji pun bagus juga.

Jika tidak mahu kesemua letak pada satu dana sahaja. Boleh diletakkan di instrumen pelaburan lain.

Contoh lain:

  1. Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) – setahun dividen dua kali. Setiap kali 3% akan diberi. Patuh shariah.
  2. Amanah Saham Bumiputera 1 & 2, tidak shariah.
  3. Amanah Saham 1 Malaysia – dividen purata 6.5% tapi tidak patuh shariah, rasanya.

 

Risiko kewangan berbeza-beza setiap orang. Jika saya;

  • Beli hartanah jenis apartment yang senang disewakan, bagi pendapatan hampir sama dengan pendapatan pasif.
  • Pelaburan saham-saham ‘blue-chip’, seperti Nestle ke, TNB ke (yang setiap hari orang pasti akan pakai). Letak duit bila rendah, pejam mata dapat dividen.
  • Letak di ‘unit trust’ yang matang. Setakat ini saya suka Dana Al-Ilham oleh Eastspring Investment.

Kalau anda pula?

Saya buat ini suka-suka saya, tak ada dikenakan caj. Untuk kes ini, depan saya ada coklat Hersey 4 ketul – saya anggap ‘yuran’ tolong orang.

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s